Tuesday, September 9, 2008

MATAHATI




Dari kiri: Ahmad Shukri, Ahmad Fuad Osman, Hamir Soib, Latif Mohidin (perasmi yang langsung tak berkata-kata?),Bayu Utomo & Masnoor Ramli


Tahniah MATAHATI kerana masih bertahan hingga kini. Aku cukup respek mereka ni kerana berjiwa cukup kental. Tempoh 15 tahun itu boleh dikira agak lama sebagai sebuah kolektif. Masing-masing secara individu juga sudah cukup kuat dikenali di kalangan warga seni tampak. Ini kolektif seni yang aku kira sudah sampai tahap matang kerana berupaya mengangkat status sang pelukis selain turut mewujudkan ruang mendidik para pelapis dan generasi pelukis baru melalui galeri HOM (House Of Matahati) mereka. Kerana itu, memang wajarlah mereka diberi sebuah pameran retro di Galeri Petronas awal tahun ini. Pameran tersebut difahamkan akan bergerak ke Singapura tak lama lagi. Buku sempena pameran ada dijual di kedai Galeri Petronas KLCC. Kalau tak mampu,sila ke Pusat Sumbernya. Mesti baca..sebab aku pun terlibat menulis dalamnya. Hehe.

1 comment:

MeDiArTpAsSiOn said...

Opppsss betulkan gambar tu kot, Aku ingat Rockstar dengan manager tadi tadi, visual artis rupanye. Wa respek depa ni masa mula menapak dengan jiwa marah, marah, marah tapi kini TAHNIAH Hamir Shoib.....