Redza Piyadasa

Redza Piyadasa kembali ke rahmatullah pada 7 Mei 2007 (Isnin), jam 6.15 petang di Hospital Selayang. Ramai yang menangisi pemergiannya. Tak kurang juga yang tersenyum lega. Ini kerana, Piya merupakan seorang tokoh seni tampak yang begitu agresif di dalam melontar serta menegakkan ide-ide keseniannya. Tak ramai yang mempunyai stamina untuk berwacana dan menyanggah persepsinya. Ramai anak didik beliau pernah merasa penangan sinikal Piya. Piya hanya menguji dan mencabar agar warga seniman menjadi lebih bersedia dan kuat menempuhi cabaran-cabaran dunia seni.

Aku beruntung kerana dapat mendekati Piya. Kerjasama kesenian yang disumbang Piyadasa sempena 5 siri festival Pekan Seni Ipoh (1996-2000) dan aktiviti-aktiviti anjuran Yayasan Kesenian Perak (YKP), memberi peluang kepada aku untuk bertukar-tukar khabar dengan beliau. (Aku adalah warga YKP sejak 1996 lagi).

Masih aku ingat, setelah tamat pengajian di Jabatan Senihalus ITM Shah Alam (1994), aku telah dipanggil supaya mengadapnya untuk sebuah perbincangan, katanya. Itulah kali pertama aku bertentang mata dengan Redza Piyadasa. Kami bertemu lebih kurang 45 minit di ruangan foyer Balai Seni Lukis Negara lama berhadapan Stesen KTM. Betapa gelisahnya waktu itu memikirkan bagaimana nanti harus aku melayan seorang pengkritik seni yang hebat dan digeruni. Aku membentang folio seni yang masih nipis dan menerangkan konsep pengkaryaan dari siri ‘azimat’ku. Dalam nada yang ‘nervous’, aku mengiyakan saja telahan beliau tentang adanya pengaruh beberapa orang pensyarah yang menjaja serta menekankan seni berkonsepkan Islam-Melayu. Sewaktu itu, aku masih kabur tentang isu-isu berkaitan revivalisme semangat akar pribumi, Kongres Budaya Nasional..Masih mentah! Atau pun ‘just plain ignorant’. Aku rasa, beliau menge’test’ aku waktu itu.

Berbalik kepada kisah kepulangan arwah.
11 April 2007, berita kemasukan Piya ke hospital. Teman aku Imah dari galeri RA, pada jam 12.35 pm membalas sms bila aku minta kepastian: “Yup. Jap lagi nak pegi. Last Saturday discharged. I think serius kali ni. Syed Ahmad Jamal dan semua dah heboh nak tengok Piya. We all tengah dengan J.Anu”. 9.18 malam masuk pula sms dari seorang hamba Allah : “…last nite Piya vomitted blood. All depends on liver to hold up, water starts to seep out. He will die of drowning”. Aku hanya mampu mendoa dari jauh.

15 April 2007, jam 10.09 pagi aku teruja dan bersyukur bila mendapat sms dari Piya sendiri. “Ada no. dr. sulaiman esa? Tolong sms 2 me. I’m improving. Wassalam”.

18 April 2007 aku sms Piya “Encik Piya macamana hari ni? Semoga segera sembuh. Banyakkan ingat Allah & selawat selalu”. Piya telefon serta-merta. Dengan nada yang amat lemah dan kurang jelas beliau cakap “sudah hampir sembuh.”

Aku difahamkan, tempoh 18 hari selepas itu digunakan sebaik-baiknya oleh Piya untuk berbicara setulus hati dengan ramai teman-teman lamanya seperti TK Sabapathy, Sulaiman Esa, U-Wei Saari…Mereka sama-sama berdakapan, menitiskan air mata, mengenangkan waktu-waktu ceria bersama, melupakan kisah-kisah sengketa.

7 Mei 2007: Aku ke Hospital Selayang tengahari itu. Piya nazak. Ada Dato’ Lat, Wairah Marzuki, J. Anu, Raja Ahmad, Ise, Rahmat Haron. Aku lihat BahaZain mengesat linangan air mata tatkala membaca Yasin di tepi katil. Piya pergi pada jam 6.15 petang.
Arwah dikebumi selepas Zohor keesokan harinya di Batu 13 Puchong.
AL-FATIHAH.

(Sila ke sentapmalaysia.blogspot.com untuk artikel belasungkawa oleh Pakhruddin Sulaiman)

REDZA PIYADASA lahir pada tahun 1939 di Kuantan, Pahang. Berpendidikan awal di Sekolah Abdullah, Kuantan dari 1945 hingga 1956 dan menerima anugerah Cambridge Overseas School Certificate (Grade One) dalam tahun 1957.
Dari tahun 1958 hingga 1959, beliau menyambung pelajaran di Malayan Teachers' College, Brinsford Lodge, England dan menerima ‘Certificate in Education’ dari Institute of Education, University of Birmingham, England. Pengajiannya diteruskan di Hornsey College of Art, London, England dari 1963 hingga 1967 sehingga dianugerahkan Diploma in Art and Design (U.K.)
Beliau kemudiannya menjalani Post-Graduate Studies at the Art Department of the University of Hawaii, at Honolulu, Hawaii dari tahun 1975-1977 dengan pengkhususan dalam bidang Asian Art History Studies dan Graduate Sculpture Studies sebelum dianugerahkan Master of Fine Arts Degree (M.F.A.)
Selain itu, Piyadasa juga merupakan Graduate-Student Participant Culture Learning Institute, East-West Center, Honolulu dari tahun 1975-1977 yang di akhirnya memberi anugerah Graduate Certificate of the East-West Center
Antara pencapaian tertinggi beliau adalah menerima Anugerah “PRINCE CLAUS AWARD” pada tahun 1998
Pada tahun 60an dan 70an, Redza Piyadasa bertanggungjawab mengisi suatu kelompongan seni yang serius, tatkala di waktu itu hampir tiada perdebatan tentang subjek sejarah atau kritikan seni di Malaysia. Sumbangan besar beliau di dalam bidang tersebut sememangnya membawa kesan yang besar di dalam persejarahan seni tanahair. Melalui penulisan-penulisan beliau mahu pun karya-karya seni tampaknya, Piyadasa meneliti konteks kesenian serta hubungkaitnya untuk pengstrukturan semula tradisi serta nilai seni.

ANTARA KARYA-KARYA PENTING REDZA PIYADASA


The Haji Family, 1990, Campuran, 51 x 79.5cm.


May 13, 1969. 1970,
Acrylic atas plywood dan cermin,183 cm x 123 cm x 123 cm


Karya kolaborasi bersama Sulaiman Esa
Empty bird-cage after release of bird at 2.46 pm, on Monday 10th June 1974. 1974,
Campuran
50 cm x 40 cm



Entry Points. 1978,
Acrylic on Wood
152 cm x 136 cm

Koleksi Balai Seni Lukis Negara

Comments

Anonymous said…
hi hanim,
nice blog.

i am editing a video interview that was done between piyadasa and malena grøndahl ( writer) and pia poulsen ( antropologist-also my wife:)), both from denmark, that was done back in 2004. agak lama tapi everlast.
i will be showing a video interview done with jeri at RA gallery in oct. interview tu di buat pada tahun 2005.
anyway, see you soon and all the best.
hi amir, thanks. we'll see you guys soon! happy editing..

Popular posts from this blog

Koleksi Saya #4

Bila Tempua Bersarang Rendah

NARATIF SENI RUPA MALAYSIA