KOLEKSI SAYA #1

Pameran “KOLEKSI SAYA : Rahime Harun" akan dijalankan di Balai Seni Lukis Negara dari 6 November – 30 Disember 2008. Dengar khabar, sekitar 250 karya-karya seni himpunan Allahyarham Rahime akan dipamerkan. Antara pelukis dalam senarai koleksi beliau adalah seperti Latiff Mohidin, Joseph Tan, Syed Ahmad Jamal, Awang Damit, Nik Zainal Abidin, Ahmad Zakii Anwar, Mansor Ghazalli, Bayu Utomo, Fuad Osman ..and the list goes on..

Siri pameran ”KOLEKSI SAYA” sebenarnya telah mula dijalankan sejak tahun 70an lagi dengan menampilkan himpunan dari kolektor-kolektor penting seperti Ismail Zain, Senator Kamarul Ariffin, Tan Sri Datuk Haji Mubin Sheppard dan Zain Azahari.

Aku sokong pameran sebegini. Sekurang-kurangnya khalayak dapat berkongsi menikmati karya-karya penting simpanan para kolektor. Apabila karya-karya dibeli oleh individu, keberangkalian untuk melihatnya kembali adalah sangat kecil berbanding jika dibeli institusi besar kerana kebanyakan penghimpun tidak gemar meminjamkan koleksi mereka atas dasar keselamatan karya. Ramai kolektor yang giat menghimpun tetapi secara diam-diam untuk kepuasan peribadi. Tetapi ada juga spesis kolektor yang mencanang sana sini bahawa hanya dia seorang ajelah yang punya koleksi terbaik. Piirahh..

Sepanjang keterlibatan aku dalam seni, aku telah berpeluang mendekati beberapa kolektor yang begitu passionate dalam menghimpun karya-karya pelukis Malaysia. Mereka menghimpun berlandaskan kekuatan dan nilai kritis yang hadir pada karya, bukan sembrono diborong untuk menunjukkan keegoan sebagai kolektor. Koleksi Pakhruddin & Fatimah Sulaiman dan U-Wei Saari aku rasa sangat penting di dalam pensejarahan seni tampak Malaysia kerana mereka mempunyai karya-karya ’rare’ pelukis-pelukis kontemporari Malaysia selain memiliki daya intelektual yang tinggi untuk membahaskan sejarah serta perihal kesenian itu sendiri. Samaada mereka sudi meminjamkan koleksi mereka untuk pameran KOLEKSI SAYA nanti tidaklah aku selidik lagi. Memang senarai kolektor seni semakin bertambah sejak kebelakangan ini. Aku mungkin bolehlah masuk kategori kolektor amatur. Hanya karya pelukis-pelukis muda yang mampu aku beli pun. Selainnya samaada diperolehi dengan harga ’kawan-kawan’ atau sebagai imbuhan untuk tugasan kuratorial atau penulisan aku selama ini.

Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim saya merasmikan pameran online ”KOLEKSI SAYA : Haneem Kaydeen” dengan menampilkan karya Kamal Sabran hehe..



KAMAL SABRAN
Down Tempo series : "Orange in B major"
3 x 3 feet
Oil paint, sand & charcoal on canvas
2004

Comments

Rahimidin Z said…
1. Sudah sepatutnya pameran "Koleksi Saya#1" menjadi tradisi yang berterusan. Uwei punya koleksi dahsyat. Saya orang miskin, adalah sekitar 150 buah.
2. Tentang buku saya yang lama-lama saya hanya simpan 2 naskhah setiap terbitan. Terbitan 2000 terkemudian, InysaAllah akan saya hadiahkan nanti.
schei sobat, ada juga teman kita ngaku dia kolektor tapi dia dapatkan lukisan-lukisan dengan percuma. pelukis pula rasa malu ada, bangga ada dengan beri 'hadiah' karyanya. Malah ada mahu ambil ketika kita lagi gile kerja melakar. Sori ye, apalagi kalau dia orang itu konon buat kutipan untuk derma - pelukis pun diminta beri lukisan cara percuma..heee Seniman Negara juga terpinga-pinga merungut...eh dia orang dapat nama sebagai penganjur pameran, pelukis dapat ape heheh. jangan marah kolektor! Kita boleh tabek ke Phakar, Cik Timah cantik, Tan Seri Kamarul...ala sayapun sering tersesat cari Shah Motel - entah kemanalah perginay lukisan-lukisan mudaku yang dibeli borong pada tahuyn 1969 dulu.hushus (Cik Siti Molek)
150 buah dah tahap kolektor diva tu Rahimidin :) Terima kasih nak hadiahkan buku2 tu..hingga berjumpa lagi.

Itulah dia Kak Siti..pelukis ni kadang2 dibuat macam kambing oleh penggembala2 komersial. Bila terdesak nak buat pameran amal dan bertema barulah kelamkabut memujuk pelukis ambil bahagian. Sepatutnya rapport dgn artists mesti dijaga senantiasa supaya mereka rasa dihargai. Bila kita tolak dengan baik, dikata pula kita ni sombong..mereka ingat buat karya tu instant macam mee maggi agaknya..
Syahrul said…
Betul tu. Pameran sebegini yang perlu di tonjolkan pada generasi kini. Sekurang2nya tak la semua info bergantung harap pada buku text seni rujukan sekolah aje. Perlu juga individu/ kolektor seni yang bermurah hati untuk berkongsi koleksi dengan pencinta seni yang lain.

Aku sekadar tumpang pengalaman dari kolektor dan kurator pujaan hati. he..he..he..
kamal sabran said…
Alamak thanks la haneem promot painting gua kat sini. Malu la plak haha :)
ye syahrul..lebih baik juga jika dibuat sessi dialog dengan para kolektor serius..buat apresiasi karya dan bincang kriteria pemilihan ke..tentu menarik

kamal, ok la untuk opening show online ni aku letak painting kau dulu.glamer sket hehe..this is about sharing..nak pamer kat balai rasanya smpai aku di alam barzakh pun tak kan lepaih :)
MeDiArTpAsSiOn said…
Satu persoalan harus dijawab oleh penganjur. Apakah kriteria yang diambil kira untuk menjemput Kolektor tersebut untuk mempamerkan karya koleksinya? Adakah baru mengumnpul 5 tahun tapi canang seantero dunia dia terbaik atau yang benar2 serius kerana rasa bertanggungjawab tetapi senyap dan menyendiri. Aku nak tengok Pakarnyer collection kat balai. Al Fatihah untuk guruku Rahimie Harun yang banyak membasuh kami untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab dalam bidang ini. Neem kita wat pameran kolektor amatur hasil derma kekawan nak?????
Rasanya Mr Pakha terus buka muzium untuk public je lah nanti. Sekarang pun dia dah ada galeri RUPE..tapi by appointment aje kan. Ruang itu tak tertampung semua lukisan yang dia ada pun..sebhg besar lagi di rumahnya. Sebab itu elok dibuat di Balai.Harap-harap pameran KOLEKSI SAYA BSLN bukan setakat koleksi arwah Rahimi dan si Sharukh Khan itu aje lah.

Pameran kolektor amatur boleh jugak dibuat. kumpul a few young collectors & select their best collections. sbb ada sesetengah tu memang kumpul banyak tapi tak dak kualiti dan impak dalam sejarah seni..lu curate lah..wa jadi asst sudah (sbb nak masukkan collection sendiri hehe) mintak kekkwap dana sket untuk publication..
nwa said…
Setuju dengan saranan Admin.Pameran Koleksi Saya seharusnya diteruskan oleh sesiapa sahaja. Malah institusi seni seperti balai seni negara, balai seni negeri dan galeri persendirian boleh anjurkan mengikut tempat masing-masing.
* perasmi pameran juga banyak koleksi :)

Popular posts from this blog

Koleksi Saya #4

NARATIF SENI RUPA MALAYSIA

Sundal Malam