Saturday, October 4, 2008

Ucaplah Alhamdulillah




Tahun ini begitu menduga aku sekeluarga. Kasihan suami yang telah mengambil cuti panjang tiba-tiba hanya dapat beraya di kampungnya satu hari saja. Para iblis dan syaitan yang dilepaskan setelah menjelangnya detik Syawal sudah mengutus para pengikutnya bertandang ke rumah kami. Petang raya, ibu dan adik-adik yang beraya di Ipoh yang menjenguk rumahku untuk memberi makan kucing-kucing dan ikan-ikan hampir pengsan melihat ‘tongkang pecah’. Kami bertolak dari Terengganu pada hari berikutnya untuk mengenalpasti barang-barang berharga yang hilang untuk menyempurnakan laporan polis. Polis yang mengambil laporan begitu lembab dan menyukarkan benda yang mudah mengikut adik lelaki aku. Kami memperolehi nombor telefon untuk melapor ketidakprofesionalan polis tapi aku fikir pejam sajalah sebelah mata. Lagipun mungkin mereka sedang stress melayan begitu banyak laporan pecah rumah. Difahamkan rumah aku pun merupakan yang kelima dipecah dalam satu malam. Dijangka pada hujung minggu setelah pulangnya umat manusia dari kampung masing-masing, lebih banyaklah laporan pecah rumah akan diterima. Kasi chance lah kan.

Tak banyak yang hilang kerana tak banyak harta pun di teratak buruk aku itu. Cuma aku hangat hati kerana terpaksa mengemas barang dan pakaian yang disepahkan. (Ini pun break sekejap dari melipat kain baju yang ditabur dari lemari). Oh ya, anak-anak begitu frust dan bengang kerana PS2 mereka turut diambil. Tapi entah mengapa aku merasa separuh gembira pula. Hehe..

Apa-apapun kami anggap ini sebahagian ujian yang diturunkan olehNya sebagai indikator supaya kami mengenang kembali segala amalan dan perbuatan selama ini mungkin. Syukur Alhamdulillah ibu dan adik tergerak untuk tidur di rumah saudara yang lain. Syukur Alhamdulillah juga kerana para perompak kita masih buta seni. Karya Ise, Fuad, Hamir, Bayu, Kamal dan Raja Shahriman langsung tak dipandangnya!

16 comments:

edgezone said...

ALHAMDULLIH...lafaz yang paling mustajab...setiap yang berlaku ada hikmahnya. harap kak anim banyak bersabar. nasib perompak buta seni...kalau tak...Alhamdulillah

untuk kak anim dan keluarga...selamat hari raya aidilfitri...maaf zahir batin

haneem kaydeen said...

thanks mus. ya, semua yg berlaku sememangnya sudah ditakdirkan. kami redha aje..

selamat hari raya & maaf salah dan silap selama kita kenal mengenal ok..

ps: sudah jumpa aisywara ke :)

R@duan said...

aduh nasib kita sama ...baru aje sampai KL dari kg, tengok perampok dah kopak atap genting, pecah siling dan masuk bilik utama....apa lagi wassalamu...

Pyanhabib said...

ada hikmahnya, alhamdulillah.
(PS2 anak-anak dirembat,
dialu-alukan dengan gumbira, hui!)
*abang tak sempat singgah rumah, maaf ya. lain hari kena teh.

haneem kaydeen said...

thank u abg pyan. wa ok.. lenkali nak mai umah lagi kasi ler notis awal sket.selalu wrong timing daa

Silence said...

kak haneem mcm mak saya!!
few months ago adik saya punya motor kena curik depan rumah sndirik.. padahal depan rumah kami ada je pakgad.. tapi pakgad tu dok wat apa ntahh.. tapi mmg benda dah nak jadii... motor adik saya kena curik, tapi mak saya yg gembira sakan..

sebab? mak saya risau adik saya dok wengg wengg sana sini...

tu la kan.. setiap kejadian yang berlaku, samada baik atau buruk, mesti ada hikmah tersendiri kan?

Alhamdulillah, sebab semuanya selamat..ye kak haneem..

*teringat iklan pasal pencuri kat TV3..*

ise said...

senasib la kita ye.

haneem kaydeen said...

raduan, takziah.

silence, thanks.

ise, ingatlah lagu 'kita serupa':) dah di korea ke nie?

SITI ZAINON ISMAIL(Ph.D Univ Malaya) said...

Aduhai sayangku Haneem. Saaaaabbbbarlah demi iman ya. Mereka memang lapar selalu, pantang lihat rumah tak berlampu. Begitu juga rumah bukuku di Gombak yang dicuri semua jalur letrik, dan sebulan rumah tu tak bercahaya. Di rumah buku Bangi mereka masuk juga tapi mungkin tersentak dengan potret besarku bersama Habbibie mantan presiden di Jawa. Jadi tak curi apa-apa,. kerana rumah itu hanya ada lukisan lukisan dan buku-buku. Jadi mereka belum pandai curi lukisankan. Awas kalau mereka pernah berkerja dengan galeri seni habislah kita,huhuhuhukkk. eh kitab dan buku-buku lama selamatkan. amin (kak siti zainon)

aliran kreatif said...

takziah untuk kak anim n family.. dalam cbuk2 org kempen pasal kes pecah rumah ni masih ada manusia durjana yg berani wat keje trkutuk tu ek..

haneem kaydeen said...

tq kak siti..alhamdulillah kitab2 dan buku2 usang syed masih ok.in fact, pustaka kecil kami langsung tak disentuh mereka walhal ada laptop dan printer di dalam. agaknya bila diorang buka pintu bilik terus nak muntah tengok buku2 hahaha

aik! nini berniaga kueh & kristal lak ke..tak melukis dah? thanx anywayz

kamal sabran said...

ini pencuri kalo dapat tangkap seronok juga kalo dijadikan bahan experiment, ganti ikus putih :)

project said...

alamak...kesiannya,saya rasa perompak2 tu terinspirasikan lagu the smith kot.."shoplifter of the world unite and take over".


selamat hari raya maaf zahir batin.


kojek.

haneem kaydeen said...

propesor kamal ni pantang dapat bahan..mesti nak dibuat eksperimen..kalau dapat tangkap hantar depa ke angkasa lepas melalui sound wave kau tu ye..

alo kojek..good to see u here! jangan stop buat painting weh.

selamat ari raya juga...maaf salah silap

Linda Majidi said...

Teruknya keadaan. Tetapi ALHAMDULLILAH tidak ada apa yang memudaratkan kecuali melihat keadaan rumah yang bersepah. Kalu tahu ari tu...nak ajer kami sekeluarga singgah tapi dah terlajak sampai ke tapah. Anyway semoga u tabah...

haneem kaydeen said...

thanks lin. i pun aritu terlupa nak kontek u all awal bagitau kami dah balik..sebab pening mengemas rumah (esp dokumen and files)punya pasal. takpe lah bebila u all ke utara lagi singgah le..i masak spesel2 okeh

anyway, keep on writing woman!