Monday, November 24, 2008

Copenhagen








Aku tiba di Copenhagen malam 22 November disambut oleh pelukis Amir Zainorin yang menetap di sini. Adik aku yang belajar di Aberdeen pun tiba lebih kurang waktu yang sama. Sudah lebih setahun tak jumpa secara fizikal, cuma online saja. Jadi kami sudah rancang lebih awal untuk bertemu kerana Aberdeen cuma sejam lebih saja dari sini.

Sebenarnya kedatangan aku di Denmark ini punya agenda sendiri. Sementelah sudah ke Germany tempohari, aku terus ambil peluang singgah untuk lakukan sedikit kajian dan menghimpun data. Tahun lepas secara tiba-tiba nama aku tersenarai sebagai antara kurator yang menerima geran dari American Centre Foundation. Geran ini tidak boleh dipohon. Hanya melalui rekomendasi yang mana hingga kini aku masih belum tahu siapa pencadangnya. Mungkin melalui kenalan-kenalan kurator dan seniman dari luar. Alhamdulillah. Orang dah nak bagi, kita pakai ajelah. Aku terima kerana mereka tidak ada campurtangan dalam pengkajian ini.

Jadi, topik yang masih berlegar-legar dalam kepala mungkin berbunyi begini "The State of Muslim Artists in Denmark". Tetapi setelah menemuramah subject matter pertama semalam, mungkin topik nya akan lebih menjurus kepada 'diasporic artists' yang bermaksud seniman yang datang dari luar dan berkarya di sini. Pada asalnya aku berminat dan 'curious' ingin tahu tentang layanan dan keberadaan seniman Muslim di sini lebih-lebih lagi pasca kartun Muhammad oleh kartunis akhbar Jyllan posten dan seumpamanya.

Semalam Amir mempertemukan aku dengan seorang seniman dan aktivis Khaled Ramadhan (tersenarai sebagai artist nombor 4300 seantero dunia)yang telah bermastautin di sini lebih 20 tahun. Beliau yang lahir di Lebanon kini pensyarah di Copenhagen University dan banyak curate projek-projek alternatif yang mengetengahkan isu-isu semasa. Khaled tidak percaya tentang 'art' sebagai satu wahana untuk kepuasan estetik semata. Seniman kontemporari mesti ada satu lagi level katanya iaitu menjadi media yang memantulkan 'sesuatu' kepada masyarakat. Diskusi kami dalam rakaman video lebih kurang satu setengah jam. Yang santai-santai dan off the record mungkin lagi sejam. Terlalu banyak perkara yang beliau sentuh semalam. Dari seni sampai makanan eksotik di China (dia dalam tim kuratorial Guangzhou Trinale) hinggalah ke isu politik dan peperangan angkara rejim Yahudi. Fuh! Aku yang separuh beku dek kerana cuaca sejuk yang amat di sini terus dihangatkan dengan isu-isu yang dilontarnya.

Hari ini aku baru nak jenguk bandar Copenhagen. Tengok-tengok muzium dan apa-apa yang patut. Dalam dua tiga hari ini Amir akan jumpakan lagi dengan 'mangsa-mangsa' aku. Tak tahulah rumusan apa yang bakal aku buat di akhir kajian pendek ini nanti.

7 comments:

Dewangga Sakti said...

Salaam kak Hanim,
Wah! Menarik betul.
Kirim salam pada Amir.

MeDiArTpAsSiOn said...

Jangan lupa gi kat dataran (lupa nama, tapi tak jauh dari stesen train) untuk tengok buskerz. Kalau ada geng Indian (Gipsi) main tolong beli CD depa. Wa punya 2 dah kena songlap, tinggal sarung jer. Alang-alang kat situ baik naik train ke Malmo jer, 25 minit jer.

Kidaisuke said...

Sejuk ke kt sne??
Mcm best je

kamal sabran said...

wah makan roti saja :)

SITI ZAINON ISMAIL said...

Wah Neem, kalau menjulur ke teluk laut Copen, jeling-jelinglah arca duyungnya.Sehelai rambutku tersangkut di sirip si duyung Copen hahah. Tahniah!

ise said...

kena cari sirap,jagung,cendol,susu cair dan kacang tu buat ABC jual kat copenhagen hehehehe

guru besar haneem kaydeen said...

Zul, Amir kirim salam balik.

boy, insyaallah kalo terjumpa wa tolong belikan

kidaisuke...sejuk gileerrr brrrr

kamal--tu breakfast..sini asyik bantai kebab je:)

dr siti - esk cuba mengintai duyung yang famous itu..dan cari sehelai rambut yang mungkin masih tersorok di celah siripnya

ise..budak2 kat sini memang hisap ais kepal dari snow haritu.. tekejut gak tengok..chief betul!