Kembara Stuttgart

20 November 2008, 9.00am
Stuttgart, Germany







Perjalanan yang begitu baik tiba-tiba dicemari satu insiden di lapangan terbang Amsterdam. Entah mengapa aku ditahan dan diinterogate imigresen pula. Dalam hati timbul macam-macam telahan. Depa takut aku nak jual dadah ke (ramai wanita Malaysia buat kerja ni bukan) atau suicide bomber ke.. (yelah simbol tudung itu terlalu kuat dan menakutkan mungkin). Aku ditanya tentang destinasi seterusnya iaitu ke Denmark. Tinggal di mana. Jumpa siapa. Duit bawak banyak mana. Aku diminta buka laptop di kaunter untuk check emel mengesahkan adanya pihak yang menunggu di sana. Tak pernah aku nampak di kaunter cop paspot orang buka laptop. Bengang. Sarkasme aku pada pegawai tersebut akhirnya menyeret aku ke pejabat imigresen pula. Dia telefon Amir Zainorin, pelukis di Denmark yang bakal aku temui pada 22 November nanti. Setelah puas hati (ataupun tak puas hati), aku dilepaskan. Selepas itu, dia tanya apa yang aku catitkan di sekeping kertas. Aku cakap, aku ni artist beb, nanti akan aku masukkan nama dia dalam karya atau video aku. Aku ambil paspot, hulur salam dan senyum sambil berkata “thanks so much for the nice experience”. Dia terkebil-kebil malu…


Sampai di Hotel Kronen, Stuttgart jam 11 pagi, aku tidur 2 jam. Selepas Maghrib jam 4.40 petang, terus jalan ke kawasan Schlossplatz kira-kira 10 minit dari hotel. Sejuk sampai mencucuk tulang dan nak bercakap pun rahang terasa macam jam. Sempat singgah di Kunstmuseum Stuttgart. Bayar 8Euro untuk jenguk pameran oleh Christian Jankowski. Dasyat juga artist ni. Karyanya rata-rata instalasi video yang banyak menyentuh isu-isu sekitar kesenian yang diolah dengan penuh satira. Aku tidak ke ruang koleksi tetap kerana sudah melihat semasa lawatan dua tahun dulu. Esok, akan cuba melihat pameran khas Henri Mattise di sebuah lagi galeri.

Sebelum pulang, aku singgah sebentar di open ice-skating ring di tengah-tengah taman dan menyaksikan seorang nenek tua yang terror skating dengan senyuman paling bahagia. Bestnyee..




Comments

irdina said…
jgn lupa snap nice pic kat sana nnt dn posting kan kat blog anda yer!!!mesti best!sy x sabar nk tgk pic yg cntik2....ms u di sana!!!!
Syahrul said…
bestnyer..bestnyer... dapat nengok work-work baru....

la la la la....
Epah said…
hai...sian kne interoget..dah bnyk kali pegi germny apsl kali ni bru kene than?? ape2 pn make sure anta gmba yee..we'll view ur blog again.c ya.
MeDiArTpAsSiOn said…
Tahniah atas pengalaman tu, Gua dah kena camtu dulu masa transit di Frakfurt nak ke Florence, Italy, hinggakan gua ada 5 minit jer nak terkejar ke boarding room untuk next flight. Nasib baik sempat. Dari keluar filight lagi gua dah kena tahan ngan pegawai keselamatan yang belek pasport dan muka gua hampir 10 minit kat pintu keluar, pastu kena ngan imigresen plak. Apa lagi wa carutlah dan dia macam faham jer sebab pastu dia dengan muka tempoyak masam baling pasport gua. Apa-apa pun gua peduli apa coz dapat tengok works master seperti Leonardo, Michael Angelo dan bayak lagi di Ufizi Museum.
nerve said…
cayalah bro majidi...
nini ruspawan said…
best la kak anim.. snap gambar byk2 ek..
kamal sabran said…
wah wah apa aku boleh kata :)
Rizal said…
pengalaman yang sama juga masa saya hadapi masa masuk delhi, sekarang dah menjadi tren pengganas menggunakan laptop dan internet access untuk rancang strategi. di sini juga terdapat kes laptop dijadikan diubahsuai dan dijadikan bom.
segalanya mungkin...
irdina & nini - nanti ada masa saya uplod le gambar gedik2..

syahrul - painting painting tak main dahhh hehe

kidaisuke- uik! jangan buli adik2 yee

medi- lu memang terorisss

nerve- dah buat work kee

kamal - ko kena smbung blaja di sini lah..memang gudang new media

mus -jangan buat konservasi bom udah..

Popular posts from this blog

Koleksi Saya #4

Sundal Malam

NARATIF SENI RUPA MALAYSIA