Tuesday, December 2, 2008

Jelajah Finale






27 November 2008 – Aku ke bandar Malmo di Sweden. Naik keretapi hanya 30 minit dari Copenhagen. Sampai di sana terus ke Malmo Konstmuseum menjenguk ruang galeri yang pernah mempamerkan karya “Tudung-tudung” aku melalui pameran ‘Out of the Mould’ awal tahun ini. Sebenarnya ruang itu ditutup untuk pemasangan pameran baru. Aku jual nama pengarahnya ‘Goran’ dan Wairah (yang disuruh Majidi hehe) kepada mak guard di situ. Dapatlah masuk dan tengok pameran yang sedang dipasang. Galeri ini terletak di tingkat atas muzium yang mempamerkan pelbagai artefak sejarah (ala Muzium Negara kita).

Kemudian ke Koge Museet yang merupakan muzium berkonsepkan kapal Viking yang mempamerkan data serta objek-objek yang diperolehi sewaktu sebuah kapal karam di situ.

Petangnya ke Malmo Konsthall (ruang seni kontemporari) yang sedang menjalankan pameran ‘Electrohype’ sebuah kolektif seni yang memperjuangkan seni elektronik dan kinetik. Dapatlah aku lihat karya-karya yang dihasil dengan kehebatan teknologi sains dan fizik. Setitik tompok hitam di dinding yang bertukar-tukar dari menjadi cecair kepada dakwat kering sungguh menguja. Jika seluruh dinding boleh dijadikan begitu, tentu lebih mengerikan.


28 November 2008 – Hari ini aku ke pameran ‘Bodies’, sebuah pameran sains yang merobek lapisan demi lapisan anatomi manusia. Puluhan mayat disiang-siang untuk menampilkan urat saraf, tulang temulang dan segala organ dalaman , hingga pada satu tahap kelihatan seperti objek seni yang memukau. Aku cukup terpana dengan bentuk persembahan pameran ini yang kelihatan begitu artistik dan mengingatkan tentang karya-karya instalasi formedalhyde Damien Hirst. Bayangkan badan manusia yang dibelah rentas instead of kuda atau lembu! Setelah menyaksikan Bodies, aku telah berjumpa artist paling super iaitu Tuhan yang maha esa.. the greatest creator of all!

Petang, aku bertemu kurator independen Tone Olaf Nielsen dan menemuramah beliau untuk kajian aku. Tone seorang Danish yang banyak mengetangahkan isu-isu racism dan migran dalam projek-projek kuratorialnya.

Malam ini aku rasa sungguh underground sekali. Haha! Amir telah membawaku ke sebuah festival kecil di sebuah ruang alternatif. Dapatlah menyaksikan Ole Lilelund, seniman underground yang pernah bersajak di YKP beberapa tahun lalu. Bacaan beliau diiringi bunyian yang dihasil DJ serta pancaran imej di skrin besar. (seperti Electroprimitive lah!). Di celah interbiu santai dan gulungan dedaun, Ole begitu optimis untuk ke Ipoh lagi untuk berkolaborasi dengan Kamal Sabran yang begitu disanjungnya serta untuk membuat sesi dialog di YKP sekitar Mac nanti. (siap kamu Kamal!)



29 November 2008 – bersantai-santai di rumah Amir sebelum bergerak ke lapangan terbang. Rasa sedih pula sewaktu mendodoi si kecil Malika tidur. Sempat juga aku menghembus doa ke ubunnya semoga membesar jadi orang yang berguna. InsyaAllah.

30 November 2008 – Sampai di KLIA dan begitu bengang kerana beg lambat keluar. Nasib baik bas 4.30 yang terus ke Ipoh sanggup menanti 15 minit di Level 1. Sampai di Ipoh 3 jam kemudian dengan selamat dan terus berkarya di dapur. Tak sangka dia orang rindu masakan aku. Hahaa…

1 Disember 2008 – Aku jetlag..bangkit jam 3 petang..badan dan konfius..dari suasana sejuk macam ais di sana tiba-tiba hangat pijor di sini..tapi aku puashati kerana segala bahan yang aku cari telah pun aku jumpa di sana. Terlalu banyak rakaman dibuat. Jadi aku harus susun balik segala data yang ada untuk mula buat laporan. Seronok dapat mengunyah kacang-kacang bendi sambil menyedut aroma kebun mawar sufiku

9 comments:

MeDiArTpAsSiOn said...

Welcome Back! At last sampai gak cikgu ke Malmo Konstmuseum. Rindu sangat nak bekerjasama dengan staf2 depa yang very professional masa Pameran Off Shadow & Images dulu. Wish u brought back something for our art scene.

Pyanhabib said...

opocot! dah balikkk!
(kumpul gambar kasi caption bikin buku, ha!)

nerveology said...

cikgu besor dah balik ke? hehe

Syahrul said...

yeah yeah..mama dah balik. Banyak bekalan ilmu untuk tatapan anak di sini.

guru besar haneem kaydeen said...

alhamdulillah. masih lagi sayang tanahair sendiri rupanya..

kawan2..memang ada bawak balik 2 orang jerman buat talk di Balai & YKP nanti. jangan lupa tolong promo and ajak kaum ramai-ramai. Di Auditorium Balai, jam 3pm pada 12 Disember. Di YKP, jam 8 malam pada 13 Disember. Meh le kasi meriah sikit! Dengar benda baru dan buat jaringan dengan Germany lak. Bagi para artist, sila sediakan cd biodata dan karya2 anda untuk himpunan data mereka tentang seni malaysia. Hail Hitler! :)

ise said...

dah pulang ye

guru besar haneem kaydeen said...

hi ise..dah seminggu balik. tak sempat rest terus kerja kerja kerja untuk seni hehe...

banyak benda nak sembang ni..bila balik jom lepak ipoh.bawak laptop. teratak nuromar dah wireless oii

ise said...

selamat hari raya!!! ok saya balik nanti terus ke ipoh hehehehh,parkingproject tahun depan wireless heheehh

ise said...

tak dapat la nak kasi cd dan cv kat orang german huhuhuhuhhuhuhuhuuhuhuhhu