Koleksi Saya #10



HASNUL J SAIDON
Untitled (Portrait of Syed)
Pencil on paper
2003





Lakaran wajah suami aku ni dibuat Hasnul dalam tempoh hanya 5 minit sewaktu kunjungan beliau ke rumah. Mungkin tertarik dengan ikal rambut panjang si Syed waktu itu, beliau terus saja mencapai pensil dan sketch booknya dan mula menconteng sambil berborak-borak santai di suatu petang tahun 2003.

Pameran lakaran Hasnul sedang berlangsung serentak di dua buah galeri sehingga 15 Januari 2009. Potret ini difahamkan dipamer di Galeri Chandan. Glam abis laki akuuu...:)


Info Tambahan:
Pembukaan pameran di Galeri Chandan akan digemilangkan dengan persembahan oleh seniman terbilang dan cemerlang seperti Tan Sei Hon,Rendra,Haneem Kaydeen dll. Moh ramai-ramai malam esok!(27 Dis 08, 8 mlm)


Dua sajak Hasnul yang aku baca diambil dari laman http://meltingpot.fortunecity.com/ukraine/240/pra2000/antologila.html
PRASEMBAH 2000: SEBUAH ANTOLOGIla!

SEMANGAT TUN PERAK TOLONGLAH PULANG

Tolonglah….
tolonglah semangat Tun Perak
tolonglah pulang.
Janganlah lama-lama merajuk di Kelang
sebab aku akan diserang
habis maruahku hilang

Tolonglah…
tolonglah semangat Tun Perak
tolonglah pulang.
Awi Cakri ada dibelakang
dia sedang garang
cemburu padaku bukan kepalang

Tolonglah…
tolonglah semangat Tun Perak
tolonglah pulang.
Awi Dicu sedia berperang
dengan aku yang perlu ditentang
apalah nasib, apalah malang

Tolonglah…
tolonglah semangat Tun Perak
tolonglah pulang.
Cau Pandan sudah berang
aku dikata jalang curang
mengejar mahkota pemanis orang

Tolonglah…
tolonglah semangat Tun Perak
tolonglah pulang.
Kaulah Bendahara Paduka Raja
aku sudah bernegeri tiada
Sidi Arab entah ke mana
Tun Telani pun hilang juga

Tolonglah semangat Tun Perak
tolonglah pulang.
Tidak sanggup aku menatang
tidak dapat lagi hendak ku kekang
perahuku pecah dipukul gelombang

akulah sigampang
direntang
dipampang
disepak terajang
ditelanjang dicincang
ditikam orang
akulah sipetualang !!

…hanya kerana ikhlasku yang tidakkan lekang
…kerana ihsan yang aku pegang
…kerana ilmu yang aku karang


ITM Shah Alam, 1994

****************************************************


CYBERCHAT DENGAN WAN EMPOK DAN WAN MALINI

hai, saya hasnul.
Fyi, I was planning nak ke bukit siguntang
ada dua awek cun tangkap jiwang
hopefully ada peluang


originally
nak ajak dating
tapi cukuplah setakat cyberchatting


wan empok, wan malini…..
are you both with me ?

"dari mana datangnya puaka
terus hinggap ke dinding muka
inikah kelak cara bicara
segala warga di persada siber

Jika bukan Krisyna Pendita,
bukan juga Nila Utama
jika tuan orang berbudaya
biarlah beralas bila bicara"

Laa….rilekslah cik Wan Malini
….apala you ni

I log offla
kalau macam ni

BDC, Kuching Sarawak 1997

Comments

meorpestajiwa said…
ha ha..gelak dia mmemang bergaya wehh..
hehe gelak brutal tu yang mengancam jiwa tu
mcm moktar dahari pun ada iras2 jugak ni hehehe
nerve said…
patut abg syed semalam lain macam je senyum , ada potret dia kat show hasnul ..tak perasan plak..urm..
ise - sila rujuk katalog semalam ms 58 yg berbunyi: "Kinestetik saya dipengaruhi Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun...." Ha, inilah namanya gelombang..riak wajah yang menggelombangkan nuansa mokhtar dahari tu hehe


nerveology - awat balik cepat sangat pon..tak sempat nak bergurausende..nervous? saya yg nervous atas stage :)

Popular posts from this blog

Koleksi Saya #4

Sundal Malam

NARATIF SENI RUPA MALAYSIA