Musim Menuai



Minggu ini akhirnya dapatlah aku tumpukan sedikit perhatian kepada kebun 'kiut' aku tu. Kesian pokok-pokok sudah tidak berbaja hampir sebulan dek kerana tuannya sibuk memperjuangkan seni (kunun).

Hari Isnin setelah tetamu berangkat, aku mula menuai hasil. Malam tadi bender sudah selamat berenang dalam kuali bersama gulai asam ikan kembong. Terung pipit tu aku cadang masukkan dalam daging masak kicap pekat. (Daging korban yang diberi pak sedara masih membeku dalam peti ais)

Burrp..Alhamdulillah

Comments

kamal sabran said…
wah lain kali boleh la ajak gua datang merasa makan hasil tangan lu :)
Rapala Jingga said…
kacang bender tu nampak cam dah tua dan keras aje... boleh di makan lagi ke?
Pyanhabib said…
eh, bendi tu boleh kunyah lagi ke?
terung pipit tu, kecik-kecik dulu, `pak cik' buat peluru senapang kayu je, ha!
bender yg hujungnya liat tu tersesat daa..yang lain rangup dan sedap dimakan mentah dengan sambai belacan.

kamal, nanti malam new year kita wat potluck kat ykp nak. semua artist kena masak satu hidangan. ada berani ka?
Dewangga Sakti said…
Tiba-tiba rasa lapar! :)
abdullahjones said…
baris akhir tulisan kamu itu saya curi.

sila ke abdullahjonesdua.blogspot untuk baca.

;)
zul..bismillah dulu

dollahjones..semasaku ingin menyuap secebis daging ke dalam mulut akan ku ingat bait puisi radikalmu itu nanti..:)
sedap tu makan bendi goreng,tak sabar nak balik kL makan daging lembu
ise..nanti ada rezki boleh lah buat bender-picking kat sini :)
Anonymous said…
Saya rasa nak give up tanaman bendi 12 lubang saya tu lah. Baik gi makan kat rumah guru besar je...tapi jauh la cikgu, kirim boleh?
pol..elok untuk selusuh tu, jangan give up. cuba letak baja taik ayam or air basuhan beras..alah..kojek pun boleh tolong siramkan smbil2 nak buat painting tuh hehe

Popular posts from this blog

Koleksi Saya #4

Sundal Malam

NARATIF SENI RUPA MALAYSIA