Special Report YANGON (Finale)






Ini entri terakhir aku tentang Myanmar le..saja je untuk rekod peribadi. Maaflah kiranya meleret-leret pulak kisah trip aku kali ni…

24 Januari 2009


Seawal jam 8 pagi aku dan Mel dibawa Ko Z ke sebuah countryside daerah Thanlyin untuk melihat satu lagi kuil popular yang terletak di tengah-tengah sungai Yangon. Kyaik Hmaw Wun Ye Lai Pagoda namanya. Sewaktu turun dari kereta kami diserbu makcik-makcik yang menjual macam-macam paraphernalia sembahyang dan popcorn. Popcorn? Nasib baik tidak aku sumbat ke dalam mulut, rupa-rupanya untuk diberi makan kepada beratus-ratus ikan patin gergasi yang berselirat mengerumuni tepian kuil. (Err..mungkin buat sementara waktu aku akan bergencatan ikan patin..)


Kami terpaksa menanggalkan selipar dan kasut masing-masing sebelum menyeberangi ke kawasan kuil. Aku yang sememangnya genyi berkaki ayam di tempat-tempat lembab dan berlumut terpaksa kuatkan semangat berjalan tanpa kasut berjalan sama-sama dengan anjing, kucing memijak segala macam rencah dan ludah di tanah. Yuck!

Kami berperahu dalam jarak 300 meter, berasak-asak dengan para pengikut Buddha yang ingin melunaskan hajat masing-masing. Airnya tidak menggiurkan langsung tapi bayunya agak nyaman dan segar.

Sebelum pulang, kami singgah di pasar dan akhirnya dapatlah aku membeli syampu tradisional dan tanaka (bedak) untuk cuba-cuba menambahkan nilai estetik pada wajah aku hehe.. Sememangnya secara visual, elemen budaya yang pertama menangkap perhatian aku di Myanmar adalah para wanita di jalanan menempel tanaka, iaitu sejenis bedak yang dibuat dari kulit pokok tanaka. Ianya berfungsi sebagai sunblock dan dipercayai menghalus dan mencantikkan kulit. Namun wanita-wanita moden sudah mula mengelak memakainya kerana sudah terpengaruh dengan kosmetik dari Barat.













Satu lagi pemandangan yang normal di sana ialah kaum lelaki memakai longyi (macam kain pelikat) tidak kira untuk urusan santai mahupun rasmi. Hari itu, aku terpesona melihat seorang mat metal dengan baju nan brutal yang dipadankan dengan kain longyi berjalan selamba rock di tengah kota. (Tersenyum aku sorang-sorang teringat satu adegan rocker kampung dalam filem Rock Mamat Khalid)


26 Januari 2009


Pulang ke sarang


KESIMPULAN PROGRAM

Secara keseluruhannya, seni kontemporari (dari sudut isme) di Myanmar masih belum berkembang oleh kerana kekangan-kekangan ekonomi serta undang-undangnya. Kebanyakan pelukis masih berfikiran dan berkarya modenis. Hanya segelintir yang sudah mula mencuba memecahkan tembok konvensional seni dan meneroka media serta pendekatan baru. Walaupun dihimpit keadaan yang serba kekurangan, aku tetap merasakan keikhlasan mereka. Malah, mereka merupakan host yang paling best dan penuh sopan melayan para pelukis jemputan setiap hari hingga mereka pulang ke negara masing-masing.

Bagi yang berminat untuk membantu rakan-rakan pelukis di Myanmar mendapat informasi seni, sila hantarkan bahan-bahan penerbitan/katalog anda kepada:

Mr Aye Ko
Program Director
New Zero Art Space
No. 54 (1-E), Bo Yar Nyunt Street, 1st Floor, Dagon Township, Yangon, Myanmar


Nota:
Projek ASEAN Contemporary Art Exchange di Yangon ini ditaja oleh Prince Claus Foundation. Siri kedua dicadangkan di Kuala Lumpur dua tahun lagi. Any takers?

Comments

Anonymous said…
hai cikgu..

dah balik ke? enjoylah baca report tu macam ada kat sana je..kuat cencorship kat sana..mcm i sure kena masuk lubang kubur awal2 lagi sebelum ayam berkokok hehehe
kamal sabran said…
kalo dah balik, boleh kita makan ikan patin :)
ise, dah balik dah..dan menenangkan tubuh dan fikiran. telefon line akan dibuka bulan februari untuk mengelakkan gangguan hehe apa2 urgent bole kol tuan manager

kamal..aku dah ngeri tengok muka ikan patin :P
saya balik 15hb feb,line telah dibuka tu waktu tu hehehehheheh,
oh yaa..selamat berbinale jakarta! all the best ise..tak sure larat pegi sana ke tak ni. update le blog awak tu
zubin said…
nanti boleh sharing kenangan di Myanmar ye, one country I wish I am working there, but but........
but.. but.. negara komunis ye doc? hehe for me untuk pegi sekejap2 bolehlah but to live there im not too sure i can artistically survive given the lesser freedom of expression as compared to our country
lanterajiwa said…
Tempahan T-Shirt KERANDA 152

Merujuk kepada salah satu program "Perarakan Keranda" – dinamakan Keranda 152 yang akan diadakan pada pertengahan bulan Februari oleh Gabungan Penulis Nasional (Gapena) maka aku telah mengambil keputusan untuk mempercepatkan tarikh akhir tempahan t-shirt KERANDA 152 kepada 04 Februari 2009 (Rabu) di mana sebelum ini tarikh akhirnya ialah 13 Februari 2009. Ini supaya para pembeli dapat memakai t-shirt tersebut pada hari perarakan yang akan dinyatakan tarikh kemudian.

Informasi t-shirt :

* Saiz XS, S, M, L dan XL.
* Cetakan bersaiz A4 (depan sahaja).
* T-shirt terdapat 2 color sahaja iaitu putih dan hitam.


T-shirt warna putih

* Cetakan 2 warna (Maroon & Hitam)
* Harga : RM 25.00 (tidak termasuk kos penghantaran)


T-shirt warna hitam

* Cetakan 2 Warna (Merah & Putih)
* Harga : RM 27.00 (tidak termasuk kos penghantaran)


Kos biaya hantar

* RM 5.00 (semenanjung Malaysia)


Bayaran boleh dibuat di Maybank 1580 6001 3854 (Meor Khairol Nizam)

Emailkan ke lanterajiwa@gmail.com
nama, alamat penghantaran, saiz, no. telefon dan bukti pembayaran (attach)...

Tarikh akhir tempahan : 04 Februari 2009 (Rabu)

T-shirt akan mula dicetak pada 05 Februari 2009 (Khamis)


http://lantera-jiwa.blogspot.com
ok bro, white medium satu..COD

huish ..nak kena training tambah stamina la ni dah banyak sangat demo..lapan lapan lagi..
ikan patin tempoyak versi yangoon ada tak?
mungkin ada jang..sebab durian pun ada kat sana..tapi aritu nampak patin masak singgang.alamak tak terselera pulak nak menjamahnye selepas menengok paten2 menyeringai di sungai tu..hehe

Popular posts from this blog

Koleksi Saya #4

Sundal Malam

NARATIF SENI RUPA MALAYSIA