Friday, February 13, 2009

Raja Lawak

Anak bongsuku merungut sepatutnya dia dimasukkan ke kelas second last bukan last. Terpelanting ke kelas terakhir kerana kelas yang lagi satu sudah terlalu penuh. (Di kelas baru dia dilantik guru mengajar empat orang kanak-kanak pemulihan membaca)

Aku ingatkan dia, tahun lepas semasa di kelas paling top dia sering dapat nombor corot walaupun keputusan baik. Terlalu banyak persaingan. Biarlah masuk kelas terakhir ini, untung-untung kali ni boleh dapat nombor satu ke.. dua ke ..tiga ke..

Aku cuba berlakon intelektual memberi contoh agar dia puashati:
“Macam kita ni middle class susahlah sikit nak ikut rentak orang high class. Hari-hari semua orang kena makan. Hari-hari semua orang pakai baju. Cuma orang high class lebih mewah, kita tak akan terikut rentak mereka. Jadi terima ajelah kenyataan. Sebab tu rakyat pun tak boleh ikut rentak sultan.”

“Apa mama cakap ni?”…Errr..sorilah mama tengah mamai baru bangkit tido..:P

6 comments:

MeDiArTpAsSiOn said...

Kelas di sekolah tak penting. Ikut pengalaman biasanya budak yang kat kelas atas2 tu semua top kononnya. Ulat buku & taik buku. Yang kat kelas corot2 ni biasanya nakal (bukan jahat), aktif hingga ke hyper aktif dalam semua bidang. Tapi biasanya yang corot tu lah banyak lulus periksa dan masuk U. Pastu yang corot tu lah yang boleh buat kerja coz masa kecik/muda mereka dah terdedah ngan sifat2 campur gaul, facing problems dan macam2 lagi keprluan hidup yang biasa diperolehi hanya melalui pengalaman.

guru besar haneem kaydeen said...

mama yg ini pun 5 tahun dok kelas corot kat bukit nanas tuh..dpt gak jalan merata dunia yek
rawk on bebeh ;)

iseparkingproject said...

aku pun duduk kelas corot sepanjang aku ingat aku bersekolah,kalau exam tak pernah dapat no 1-26,mesti no 26 ke atas,atau no 5terbawah,dan buku record mesti sign sendiri.hehehhehehe.

guru besar haneem kaydeen said...

moral of the story is--setiap kegagalan atau kekalahan itu punya hikmah yang besar. Ia bisa membuatkan kita 'lawan tetap lawan'! ha.ha.ha.
(3 stooges ni memang rebel pun..)

Mohd Jayzuan said...

apa dalam kelas je corot tak semestinya dalam life pun corot kan? mcm bebudak keluar 'U', pandai sebab baca buku je ramai, tapi bab life ramai gak fail. haha.

guru besar haneem kaydeen said...

ya betolll..tahniah anda telah lulus ujian sendawa