Takziah

Pelukis sohor tanahair IBRAHIM HUSSEIN adinda kepada Tan Sri Ismail Hussein (GAPENA) dan sasterawan Abdullah Hussein telah meninggalkan kita awal pagi tadi. Sembahyang jenazah akan dilakukan pada waktu zohor di Masjid Bangsar & pengkebumian di Tanah Perkuburan Kiara.

Perkhabaran terkini (10.30 am): Solat jenazah selepas zohor di rumah beliau di Pantai Hill. Jenazah disemadi selepas itu di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

10.39 am Aku kena 'sound' dengan Dato' Lat.."lain kali telefon-telefon le mike"..terkilan juga aku kerana beliau ada di KL malam tadi buat persediaan untuk ke London hujung minggu ni. Kalau tidak tentu dia menjenguk Ib di hospital. Selalunya aku ni spesis yang rajin maklumkan pada kawan-kawan pasal kematian dan musibah yang menimpa artist..tapi semalam kredit low daa..sori aa dato'. Kita hulur doa dari Ipoh sajalah.


check this out!
http://anwaribrahimblog.com/2009/02/19/takziah-atas-pemergian-datuk-ibrahim-hussein/
http://saloranseni.blogspot.com/2009/02/ibrahim-hussein.html
http://bahazain.blogspot.com/2009/02/akhirnya-kita-kembali-juga-kepada-nya.html

Comments

Pyanhabib said…
wah, akhir-akhir ini kredit hp rajin dok lowwww saja... Tahniah!
*ibrahim ADIK ismail dan abdullah hussein, bukan abang.
(isyyy, yang pertama lagih!)
ok boss.. dah betuikan dah..tulah nak berbahsa bunga sangat..dah silap hehe
zubin said…
Puan Guru Besar, saya nih tengah mencari foto-foto lukisan allahyarham serta foto semasa pengkebumian, tak dapat hadir, ada kelas ngan 60 students, susah nak ganti, kami hanya hadiahkan al fatihah dari dalam kelas. Kalau ada foto2 nak jugak. Sila lawati http://saloranseni.blogspot.com
aiseh sori la zubane..saya tak sempat ke pengkebumian semalam. cuba check dgn paparazi art yang sohor itu mr paka
bahazain said…
SALAM
BAGAIMANA CITRA VISUAL DAN BACAAN SEMIOTIK IPOH. DULU 2 TAHUN SELEPAS MERDEKA SAYA BOLAK BALIK BERBASIKAL DARI KINTA GARDEN KE SEKOLAH ANDERSON (SELEPAS MEMBUANG DIRI KELUAR DARIPADA HOSTEL YG PENUH PERATURAN) MELEWATI CORONATION PARK, IPOH BANDAR YG AMAN & TERBERSIH . SEKARANG NAMPAKNYA BERMACAM-MACAM SAMPAH DI DALAM DAN LUAR DEWAN. CERITLAH SEDIKIT PERIHAL KEMERDEKAAN NEGERI SILVER'
sekarang ni saya sedang dlm tempoh bertenang. nak rileks dululah dato', takut kena heart attack selalu sangat melayan kisah para tikus dan katak politik nih..pertemuan ngo2 perak akan dibuat di PANGKOR minggu depan.. cuba baca semiotiknya..per cer?

haiyaa hidup susah mati pun susah..

Popular posts from this blog

Koleksi Saya #4

Sundal Malam

NARATIF SENI RUPA MALAYSIA