Sunday, March 8, 2009

PESTA JIWA LAGI

7 Mac 09
2.00-4.30pm

Akhirnya tercapai hajat aku untuk membuat penyelidikan dan dokumentasi bagi siri 'pesta jiwa'. Selama ini ada saja rintangan untuk aku turut serta bergumul dan menculik sedikit semangat serta aura para ekspresionis di jalanraya. Perasaannya luarbiasa pelik tapi sangat mengujakan. Untuk aku, puluhan ribu manusia dari pelbagai latarbelakang berjalan secara aman menuju ke istana dengan solidariti yang serupa menghadirkan karakter visual yang begitu kuat. Jika ada isu-isu lain menggunakan merah dan kuning sebagai tema, kali ini warna putih mendominasi suasana.


BahaZain & Marsli N.O (gambar dicuri dari blog sinaganaga)

Keadaan akan menjadi lebih bahagia serta pemerintah dan pihak berkuasa akan lebih dihormati sekiranya mereka buang rasa paranoid dan sikap melatah melepaskan gas pemedih mata yang mengikut Rahmat Haron "antara acara protes yang diberi tear gas paling banyak" ini. Aku zoom kamera video ke arah anggota FRU dan membaca riak wajah sebahagian besar mereka yang sebenarnya kelihatan naif dan terpaksa. Aku ampunkan mereka kerana menembak tadi. Terimakasih kerana memberi aku satu pengalaman baru menghadapi tear gas yang sungguh power root giler itu. Dalam keadaaan huru hara sekejap itu, aku teringatkan teman-teman kita di Gaza yang berhadapan ancaman fosforus yang tentunya berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat dari kesan tear gas yang habis sekitar 10-15 minit ini. (Terima kasih juga Rahmat kerana supply garam sebagai pengurang rasa sakit!)



Aku bertembung HMS Abu Bakar (penyair & bekas setiausaha dewan negara yang bahasa Inggerisnya hebat tau) dan Pak Ismas Saring dalam kekalutan itu. Pak Ismas katanya sudah dapat inspirasi untuk tulis puisi. Hehe, maka ramailah seniman yang akan berkarya selepas ini harapnya. Sewaktu berjalan menuju ke stesen keretapi lama, sempat aku melambai Pak Samad di dalam kereta yang nak menuju ke Masjid Negara. Malamnya dia hantar SMS yang mungkin serupa untuk beberapa orang "Bapak kena sembur gas tiga kali. Pedih mata, loya tekak. Sedap rupa-rupanya". Amboi! :)


ISMAS SARING hippie habis..




Baha Zain (bertopi) & HMS Abu Bakar(kopiah) yang terbakar..






























Oh ya,dalam kekecohan orangramai membasuh muka di kolam depan Public Bank, aku sempat mengapresiasi dua buah arca awam karya Raja Shahriman dan Zakaria Awang. Rupanya ada kes yang masih belum selesai. Label pengkarya masih belum juga ditukarkan pihak yang berkenaan setelah bertahun-tahun ditegur. Makanya arca Shahriman dilabel sebagai karya Zakaria dan begitu pula sebaliknya. Arca Raja Shahriman bertajuk 'Growth Equity' yang tertancap teguh menjadi penguat semangat aku petang itu..

15 comments:

kamal sabran said...

wah, pergi tak bagi tau pon, kalo tak boleh gak rasa gas tu ;)

guru besar haneem kaydeen said...

haha..mana le tau nak kena sembur lak..ingatkan pasal bahasa depa sporting lah..rupanya tidak jugak

amerr said...

aku kat ipoh hari tu, kerja kenduri kawin anak menakan bini aku.
hari sabtu aku jumpa bapak biras aku kat majlis kenduri di jelapang, dia ni keje bawa teksi kat ipoh, dia kata depa sewa dua buah bas, satu lepas, satu sangkut kat bp sentul, dia kena tahan kat bp sentul sampai kul 5 petang lepas tu polis eskot hantar balik sampai hiway kat rawang..dia cite dgn penuh semangat macamana depa kena tahan di bp dan rakan-rakan dia yang kena sembur kat mesjid negara kerana nak pejuangkan bahasa utk masa depa anak bangsa...

aku dimajlis kenduri di taman meru, jelapang dengar cite pakcik tu..mata aku berair, tempias gas pemedih mata di KL..

guru besar haneem kaydeen said...

amer..janji nawaitu bersih. di mana2 pun boleh asal semangat dan kesedaran itu ada sudah cukup bagus.salut untuk kau yg sentiasa rasional

dengar cerita ada juga bas yang bawa geng orang asli tak lepas.(bayangkan ajar orang asli guna bahasa inggeris..sureal abis tu)

lain kali nak berdemo kena pinjam topeng gas dari makmal kau la nampaknya haha

R@duan said...

Gambo aku pun ada.....ha ha . Kamal Sabran, cari aku dalam gambo tu...!!

guru besar haneem kaydeen said...

yes. sebab itu aku baru uplod. sekarang kita seri ya :)

MeDiArTpAsSiOn said...

berjaya ker??????

guru besar haneem kaydeen said...

Dah consider berjayalah tu..sekitar 70,000 terdiri dari orang UMNO,tiga line, pas,adil,hindraf,tua,muda,underground, outerground,matrempit, mat indie, pelajar, pendidik, orang swasta, orang gomen, melayu,cina,india,jawa..macam2 ada..menunjukkan perasaan atas platfom yg sama

yang penting ia berjaya buat paklah keluar stetmen pada petang itu juga dan membuka mata org ramai bahawa isu ini bukan kecik anak

bahazain said...

Salam Cik Gu
Saya terkejut tengok gambar di blog sdr. Pada saat air tinggal sedikit untuk menghilangkan pedih mata, saya terpaksa memberikannya kpd seorang tua yg sudah terjelepok di kaki lima kedai jln Kampung Atap spt menderita demam.Orang yg pakai topi di belakang saya bersama Marsli, ialah Abdullah Abas yg bersama-sama mengarak keranda pd tahun 1967. Kami kebetulan bertemu semula dengan dia dan Nordin Che Wan yg juga terlibat pd tahun 67. Lepas itu kami sama-sama duduk di warung mengingat yg lama dan menyumpah yg baru.Apakah peluru gas itu yg menjadi hadiah untuk mencintai bahasa sendiri.Saya sangat sedih, getir dan pedih.

guru besar haneem kaydeen said...

Dato' tentu nostalgia habis dah jumpa geng lama..mesti terasa muda remaja hehe

Berbuat sesuatu disusuli niat yang baik sudah tentu diberi hikmah yang lebih baik olehNYA..Insyaallah

SITI ZAINON ISMAIL said...

apa boleh buat, saya sempat ,meronda melewati istana, berpatah balik melewati masjid negara. masih awal baru pukul 12.tapi pengawal sudah siap sedia, dan kereta di arah masuk ke jalan kuching. tak sempat berarak. maaf pak samad, saya harus ke RA untuk jumpa Meme....puisi? aduh otak masih dengan sajak Kasim Ahmad dulu "Kerana 152"

SITI ZAINON ISMAIL said...

Maaf, perarakan keranda 152 peristiwa tahun 1967, ketika saya
di kelas APS, sekarang datang lagi, apakah takdir bangsa Melayu?

guru besar haneem kaydeen said...

saya mengintai-intai juga kalau2 prof siti dan melor ada dengan ahli2 bahasa yang lain hari tu

saya tiba di RA untuk show Meme agak lewat..tengok karya dia pun kelabu semacam aje sebab baru lepas kena tembak hehe

deennasour said...

aku sokong ppsmi.

eh eh, rahmat harun ke yang dalam gambar rambut panjang bawak payung tu?
ehehehe. utopia trauma.

guru besar haneem kaydeen said...

sokong? fikir panjang dulu bro..

yup, itu rahmat haron utopia trauma, pejuang bahasa melayu hardcore