Tuesday, May 26, 2009

Ada Apa Dengan Komunis



Tahun lepas, aku sempat menyeludup masuk ke kem persatuan bekas komunis di Ipoh. Haha..jangan tak caya beb!

Sebenarnya aku mengikut Fahmi Reza, pembikin filem pendek untuk sama-sama menyaksikan sebuah peristiwa yang rare di samping meneman beliau, Mark Teh dan Taysy mencari bahan untuk filem dokumentari terbarunya. Aku dilayan dengan begitu baik sekali oleh auntie2 bekas pejuang yang pernah berbelas-belas tahun tinggal di dalam hutan belantara. Mereka menunjukkan aku satu persatu gambar-gambar serta adegan yang penting melalui pameran sejarah yang dinaikkan.

Ratusan geng mereka dari Siam, Pulau Pinang dan Kedah turut berhimpun untuk merayakan sambutan 60 tahun perjuangan menentang penjajahan British. Kaum kerabat mereka ramai, hidup melata di seluruh pelusuk Semenanjung dengan gaya hidup yang tidak berbeza dari kita semua.

Jadi, dengan rasa rendah diri aku nasihatkan Pak Menteri, janganlah cepat melatah.Entah-entah sedara mara kita pun ada yang sudah terkahwin dan berkeluarga dengan golongan mereka. Ada lebih banyak isu dan masalah budaya sosial yang lebih kronik dan kritikal untuk diselesaikan sekarang. See, kalau media tidak mensensasikan perkara ini, orang tak ambil pot pun..




Burhanuddin AlHelmy oleh BLACK





10 Tahun Sebelum Merdeka Part 1

13 comments:

People of the Planet..... said...

betul tu..media power cikgu...kita pun kekadang guna media untuk dapatkan sesuatu...ada tak dia jual souvenir topi komunis satu bintang?

MeDiArTpAsSiOn said...

Sejarah yang ditulis orang putih yang kata mereka jahat, sedangkan mereka hanya inginkan kemerdekaan secara mutlak iaitu dengan darah. Apa boleh buat orang-orang yang berpendidikan orang putih tak nak derhaka dengan guru-guru kafir mereka yang nak merdeka secara 'deal'. Lepas merdeka semua terjajah, ekonomi, budaya, cara hidup, jatidiri, anak dara, tanah dan segalanya. Setahu saya cikgu mereka ni hanya menumpang perjuangan komunis tetapi tidak 100% mengikut fahaman komunis. Apo nak buat! Kita lebih percayakan sejarah yang orang putih tulis untuk kita lulus periksa. Nak ubah malas, buang masa dan buang duit. tapi kalau buang ke 'lain' takper.

rahmat haron said...

media mega BN lebih nak mengagungkan TOKOH SEPERTI HENRY GURNEY.

henry gurney yg bertugas sbg Setiausaha Negara Empayar Inggeris di Palestin (1946-1948). dua tahun bertugas cukup. pastu tertubuhlah Israel!

sampai malaya, kena pulak ditembak komunis di Fraser Hill, oktober 1951. heran, anak isteri Gurney tak plak ditembak komunis dlm serangan hendap tu???

kamal sabran said...

aku kasi 3 bintang.
opps..silap..5 bintang!

Anak Bumi said...

Kata komunis ni terlalu ditekankan kepada sisi negatif. Maka hilang segala makna yang positif. Ya, mereka berperang, mereka menembak, mereka membunuh.

Tapi mereka berperang dengan siapa? Lawan mereka pun sudah semestinya menembak, membunuh.

Seperti juga halnya sekarang. Barisan lawan pakatan. Sudah tentu perang lebih berbeza. Kematian dan kecederaan juga adalah berbeza bentuknya. Juga wujud ejen, double ejen, malahan triple ejen? hmm..

Kita hidup sentiasa berperang. Luar dan dalamnya diri.

nerve said...

wowo pameran yang hebat ni tapi kalau nak p tgk jugak aku kena bawak sei hon seb dia je boleh baca teks teks pameran tu..aku leh tengok visual je lah...content boleh buat intepretasi sendiri la jawabnya..

Si Pekik A.K.A Si Pekak said...

Nice sharing!

Of course, sejarah dicipta oleh mereka yang menang..siapa boleh jadi fami reza next?

Check us out for more trippin' on this commie-panic!

Pengasas said...

Salam,
Seludup masuk tak apa. Tujuan baik. Seronok dapat tambah pengalaman.

guru besar haneem kaydeen said...

ramei bebenor yang mengomen ni..tengkiu. aku sekadar ingin berkongsi pengalaman manis yang terperap sekian lama, sehinggalah diingatkan kembali pada hari ini

mohd farizal puadi said...

saya ada sepupu yang selalu keluar pegi thailand, atas urusan kerja.

yang seronoknya dia ada satu cd tentang pergerakkan komunis sempena ulang tahun ke 50..dah lama dah..

siap ada gelanggang main bola jaring 2.

ada klinik,buat senjata, pakaian..

mcm2 ada...yang syoknya pula semuanya dalam hutan...

faiz fakhirin said...

manusia x pernah puas dengan apa yang di miliki....musuh dianggap rakan....dunia dan nama semata2.

faizfakhirin
http://indicators-forex.blogspot.com

Pak Teh said...

Salam,
Sejarah tidak pernah membohongi kita tapi kita kebanyakannya telah membohongi sejarah.
http://www.zoompanas2.com/2009/05/parti-komunis-malaysia-pkm-dalam-blog.html

meyour said...

ludah dan terus ludah kepada ABDULLAH C.D....