Friday, May 1, 2009

Cadangan-cadangan untuk Negaraku (CCUN)

Semalam selepas mesyuarat dan makan tengahari dengan RA, aku terus ke Galeri PETRONAS untuk melihat pameran solo Liew Kung Yu - CCUN. Langkah kanan pula kerana bertembung dengan Kung Yu sendiri yang kebetulan sedang menanti jam 4 untuk ditemubual akhbar The Edge. Sementara wartawan diminta menelaah karya-karya, dia begitu asyik melayan aku, menerangkan satu-persatu karya empat buahnya itu. Inilah dia sifat seorang sahabat. Sanggup meletak ketepi sebentar ‘acara rasmi’nya demi untuk menerima kehadiran rakan seni.

CCUN menampilkan 4 buah karya berpanel 5 yang kelihatan majestic oleh kerana begitu banyak imej-imej kecil dan terperinci yang dimanipulasi pelukis secara horizontal. Menurut Kung Yu, karya ini naik satu lagi tahap dari segi teknik sejak karya photo-montagenya yang terdahulu. Kali ini dia menggunakan sepenuhnya kuasa programPhotoshop untuk komposisi dan manipulasi imej. Antara 3 hingga 5 lapisan foto dibuat untuk menjelmakan kesan ‘relief’ atau timbulan yang kadangkala kelihatan 3 dimensi.

Kung Yu sememangnya sinonim dengan karya-karya yang ‘cheeky’. Dia seolah-olah ‘inzal’ bermain dengan kistch. Dia mengatur imej hingga menjadi corak-corak yang sungguh pop dan manis yang sebenarnya mengandungi kemasaman dan kepahitan yang terpendam. Dia memberi dua pilihan kepada audiens samaada untuk melihatnya dari kacamata kanan atau pun kiri. Dia di zon selamat. (Tidak boleh sama sekali disumbat ke dalam ISA kerana disyaki mempengaruhi pemikiran masyarakat secara negatif hehe)






Senarai tajuk:
1) Pantai Gelora Cahaya
2) Metropolis Warisan
3) Bandar Sri Tiang Kolom
4) Konkrit Jungle



‘Kitsch’, sebuah perkataan Jerman, adalah seni yang rendah nilainya, tidak asli, dihasilkan secara massa dan sering dianggap ‘kekampungan’ (walau bukanlah niat untuk memperlekeh imej kampung itu).

Berikut disenaraikan contoh-contoh kitsch bagi mereka yang tak faham:

- Ramlah Ram dengan baju berlampu hati ala Michael Jackson dulu.
- Pokok gentian kaca dengan periuk kera bergayutan berdekatan Dataran Merdeka
- Palma sintetik yang dipacak di tepian jalan di bandar-bandar
- Hiasan bungaan dan tanaman plastik yang memenuhi ruang pejabat dan kaunter- kaunter bank, perkhidmatan awam dll (apa salahnya tanam pokok hidup!)
-Bangunan-bangunan yang dicat dengan warna-warna fluorescent dan macam kueh rupanya.
- Program-program realiti yang membangangkan (lu pikirlah sendiri beb)
- Bergaya sakan dengan jenama-jenama tiruan
- donat terbesar, hotdog terpanjang, sireh junjung tertinggi, murtabak paling tebal, copstik tercantik, jambatan paling bengkok dan macam-macam lagi lah yang superlatif

and the list goes on..



Pergilah lihat sendiri karya Kungyu (hingga 14 Jun 09). Setelah mengkaitkan dengan rapuan ini, pasti kamu akan faham dan tersenyum.



Lagi tentang CCUN:
http://www.arterimalaysia.com/2009/04/22/datin-tak-jadi-the-malaysian-aspiration/

http://www.senicast.com/Article.aspx?id=8

4 comments:

iseparkingproject said...

best best best

Betta said...

hahaha - senarai kitsch ... love it!

Malaysia mesti boleh challenge as negara yang paling kitsch di dunia...

- Sharon

Pyanhabib said...

baju bandel masuk senarai tak?
(dvd pirate tapi gambo dia kaw-kaw lagu mana?)

guru besar haneem kaydeen said...

sharon - welcome to my dark side :)

abg pyan- bundle baju art & vintage tu collectors item. kira rare tuh. dvd pirate oke apa, seni underground hehe..problemnya peniruan item2 lain dibuat dengan kualiti estetik yg rendah gaban.tu yang jadi buruk tu.