Semalam ketika 'break' sekejap dari menulis aku terjumpa link ini. Persembahan spesel dari omputeh ini aku tujukan kepada semua para pejuang yang turun demo anti PPSMI tempohari hehe
RAJA SHAHRIMAN RAJA AZIDDIN "Siri Nafas M9" Besi 20.5 x 6 x 9cm 2003 Karya ini semestinya salah sebuah koleksi yang paling aku sayang. (Mujur tak diambil perompak dan besinya dijual timbang baru-baru ini!) Shahriman atau lebih mesra aku panggil Abang Man telah membuat 'surprise' (setelah aku selesai menyelenggarakan pameran solonya pada tahun 2004 di Balai Seni Lukis Negara) dengan menghadiahkan secara ikhlas salah satu arca dari siri itu. Aku betul-betul terharu dan gembira tahap dewa dibuatnya. Yelah, nak beli memang tak mampu.. Pada aku, Shahriman merupakan seorang seniman yang betul-betul dedikasi dengan pengkaryaannya. Walaupun tinggal nun jauh di Kuala Kangsar dan jauh dari kebingitan seni, beliau mampu terus berkarya dengan tenang tanpa terpengaruh dengan trend mahu pun kehendak pasaran seni. Aku tak sabar menunggu solo seterusnya pada tahun hadapan. Karya-karya yang lebih besar dari human figure akan mengisi pameran itu nanti katanya..Wow! Abang Man dan bo...
Tajuk: "Bila Tempua Bersarang Rendah 2" Bahan: sarang tempua (bird's nets), kekabu (kapok/cotton), gauze, Saiz: dimension variable, 2002 Pameran: TALI IKAT (Asian Fibre Art), Taman Budaya Jogjakarta, Indonesia The Concept "Jika tidak berada-ada masakan tempua bersarang rendah" (Malay Proverb) The Malay saying has its English equivalent: Where there’s smoke there’s fire. Between those who care most for social cohesion and those who primarily value individual initiative there has been an age-long battle - In every such perennial controversy there is sure to be truth on both sides; there is not likely to be a clear - cut solution, but at best one involving various adjustments and compromises -Bertrand Russel, Authority and the Individual: pg.91. Tempua @ Baya Weaver @ Finch (Ploceus Philippinus), is small dull looking bird - commonly found in the open country in Malay Peninsula, especially in the lowlands. Their nests are aesthetically pleasing and an architectura...
Redza Piyadasa kembali ke rahmatullah pada 7 Mei 2007 (Isnin), jam 6.15 petang di Hospital Selayang. Ramai yang menangisi pemergiannya. Tak kurang juga yang tersenyum lega. Ini kerana, Piya merupakan seorang tokoh seni tampak yang begitu agresif di dalam melontar serta menegakkan ide-ide keseniannya. Tak ramai yang mempunyai stamina untuk berwacana dan menyanggah persepsinya. Ramai anak didik beliau pernah merasa penangan sinikal Piya. Piya hanya menguji dan mencabar agar warga seniman menjadi lebih bersedia dan kuat menempuhi cabaran-cabaran dunia seni. Aku beruntung kerana dapat mendekati Piya. Kerjasama kesenian yang disumbang Piyadasa sempena 5 siri festival Pekan Seni Ipoh (1996-2000) dan aktiviti-aktiviti anjuran Yayasan Kesenian Perak (YKP), memberi peluang kepada aku untuk bertukar-tukar khabar dengan beliau. (Aku adalah warga YKP sejak 1996 lagi). Masih aku ingat, setelah tamat pengajian di Jabatan Senihalus ITM Shah Alam (1994), aku telah dipanggil supaya mengadapnya untuk se...
Comments