UN-CUT09 Malaysian Arts Festival in Denmark




Dua tiga minggu ni aku sebenarnya sibuk dengan persediaan pameran di Denmark. Amir Zainorin melalui kolektif JAMBATAN yang baru dibinanya telah mengundang aku sebagai kurator. Pameran diberi nama UN-CUT:Malaysian Paintings ini diadakan sempena Malaysian Arts Festival UN-CUT09, sebuah acara seni budaya yang dicetuskan Amir. Selain pameran lukisan, putaran video seni koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (Kamal Sabran, Sharon Chin, Hayati Mokhtar, Vincent Leong, Masnoor Ramli, Wong Hoy Cheong dll) serta beberapa short-film (Kamal Ariffin, Fadly Sabran dll) akan dijalankan.

Kegiatan lain yang bakal diisi adalah persembahan wayang kulit oleh tok dalang Rahimidin Zahari, gerakteater fizikal Aida Redza, persembahan muzik Fathullah Luqman dan kegiatan bengkel seni. Tabik spring kepada Amir yang mempunyai semangat begitu tinggi walaupun dalam keadaan terbatas, demi untuk memperkenalkan seni dan budaya Malaysia ke Denmark! Harapan kami agar acara ini akan menjadi wahana yang menjambatani kedua negara. Terimakasih juga kepada Balai Seni Lukis Negara yang menaja penerbangan tiga pelukis yang mengambil bahagian iaitu Fathullah(Nyala Art), Ruzekki Harris(Studio Sebijipadi) dan Zulkiflee (Dikalajingga). Harapan kami agar projek seni kontemporari yang dirancang lebih besar pada tahun hadapan akan dapat melibatkan lebih banyak pihak dan penaja.(Yang ini baru acah-acah aje.. hehe)

Antara pelukis lain yang mengisi pameran UN-CUT: Malaysian Paintings adalah seperti Samsudin aka Buden, Suddin Lappo, A.Samad Said, Melissa Lin, Haslin Ismail, Nurazmal Yussof, Khairina Khairuddin, Rahmat Haron dan Abdullah Jones. Acara perasmian di Galeri Shambala, Copenhagen akan disempurnakan pada 7 Ogos 2009 oleh Duta Malaysia ke Sweden, HE Dato' Kamarudin Mustafa. Insyaallah. Wish us all luck!


Laporan terkini 25 Julai 2009:
Di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan berkaitan penajaan, dukacita undangan kepada Rahimidin Zahari telah dibatalkan untuk kali ini. Pihak penganjur telah pun menghubungi Rahimidin tentang perkara ini. Harap maklum.


SENARAI PROGRAM

Sekitar hari pembukaan:



Foto oleh: Amir Zainorin & Zulkiflee Zainal Abidin

Comments

dino said…
wow nak pegi/ikut...good luck.
kamal sabran said…
tahniah smua. good job amir!

nim, baju sejuk aku ni nak simpan mana? kah kah
wahyun said…
selamat maju jaya!
sinaganaga said…
Hebat!

Kamal,
Lu memang hebat. :)
kamal..jangan susah..bulan oktober boleh guna punye :)
MeDiArTpAsSiOn said…
kamal, ko layan gi genting or cameronlah, kang hanco plak baju tu ko simpan dalam gobok. nim, Tahniah guru!
medi, thanks so much for the V&I. Sonyap2 dulu nooo..biar pocah kek poyot.hehe kalau ade extra bak mai i nak beli
MeDiArTpAsSiOn said…
Dah dirasmikan pun, Tahniah idolaku
syukur alhamdulillah perasmian telah selamat disempurnakan pada 7 Ogos oleh Duta Malaysia Sweden. Terima kasih kepada geng BSLN yang cukup supportive dan juga kepada semua pelukis yg mengambil bahagian.Lets rock the world some more!
MeDiArTpAsSiOn said…
Geng BSLN???? Tak tau apa pun! Sei Hon kot
termasuk kp, pakcik rahman, eyrol, makcik cleaner dll hehe..alah projek ciput jer tak kan nak nyusahkan ramai2 lak. tahun depan punya projek lu masuk komiti nak. tolong jadi salah satu tiang JAMBATAN :)
kenapa artist tak pakai baju batik?hehehe
amir zainorin said…
haha..ise, artis semua lupa nak pakai baju batik sebab dah keliru dengan cuaca hangat dekat copenhagen:))

Popular posts from this blog

Koleksi Saya #4

Sundal Malam

NARATIF SENI RUPA MALAYSIA