Thursday, December 24, 2009

Space Gambus Experiment - The hard-launch!



Album SPACE GAMBUS EXPERIMENT akan dilancarkan secara rasmi oleh YM Raja Ahmad Aminullah pada Ahad, 27 Disember 09 bertempat di RA Fine Arts-The Gallery. Perasmian akan berlangsung sejurus pembukaan pameran "Seni muda/Young art" oleh Y.Bhg. Encik Amer Hamzah Arshad pada jam 3.00 petang. Jemput memeriahkan acara!


Nota:

Jangan lupa bawa duit secukupnya! Boleh shopping album ori RM20 saja (RM5 untuk TAF). Selain itu sempena hendak menyambut tahun baru, lebih dari 60 buah lukisan oleh pelukis2 muda boleh dibeli dengan harga RM1000 ke bawah! Rambang mata nanti woo..
.


(RA Fine Arts bertempat di alamat : No.6, Jalan Aman, off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Untuk info lanjut mengenai pameran, hubungi pihak galeri di 03-21617341. Untuk info lanjut mengenai SGE, hubungi Kamal Sabran 016 5533391).

3 comments:

kamal sabran said...

..dan anda juga akan melihat buat pertama kalinya, haneem akan menghayunkan kepalanya bersama "instrumen petir"!

guru besar haneem kaydeen said...

haha..baik punya strategi promosi nampak

Umar Abdul Aziz Bin Hj Mohd Affandi Bin Abdul Rahman said...

blog yang bagus, ape kate try pegi visit blog saye ni plak kalau nak tahu info yang unik dan elegan di http://tolongsenyap.blogspot.com ,try visit erk