Posts

Showing posts from June, 2009

Tanpa Tajuk

Image
TANPA TAJUK: Cerita-cerita Seni Rupa oleh Tengku Sabri Ibrahim (2009, Tinta Publishers)

Hujung minggu lalu aku sempat menjenguk Frinjan. Seronok berjumpa kawan-kawan. Paling seronok dijumpakan dengan sebuah penerbitan baru 'TANPA TAJUK: Cerita-cerita Seni Rupa'oleh Tengku Sabri, pengarca sohor yang membuat majalah Tanpa Tajuk dulu-dulu. Beliau yang mempopularkan perkataan 'serum' (seni rupa malaysia) pada masa itu. (Terima kasih Alina kerana menunjukkan kepada aku buku ini.)

Di dalam gerabak keretapi menuju pulang ke Ipoh aku mematikan masa dengan 'menelaah'hampir seluruh buku ini. Ada empat bahagian iaitu Teori,Kawan & Peristiwa, Catatan & Cerita serta Pernyataan Artis. Ada kisah persandingan Paiman di Balai Seni Lukis Negara, ada kisah Jeri Azhari membuat seni perfomans 'Mencari Ahmad' dengan berpuasa selama 336jam sambil menggulung kertas untuk instalasi ISAnya, ada kisah jerebu di Pekan Seni Ipoh dan macam-macam yang nostalgik dalam seni kita…

Takziah BN Sg Siput

Image
Petang Ahad lalu aku dan keluarga pergi menziarahi seorang balu yang baru kematian suami. Wanita yang kami panggil Kak Wan itu pernah menjaga dua orang anak-anakku sewaktu kecil tatkala aku begitu sibuk dengan karier yang baru diceburi. Setelah mereka berpindah kami putus hubungan agak lama sehinggalah setahun dua ini kami kadangkala bertembung di sekolah anak atau di kedai.

Petang Ahad lalu Kak Wan membuka rahsia. Arwah yang berpulang pada 15 Mei 09, yang merupakan Setiausaha BN Sungai Siput, Perak rupa-rupanya seorang pengikut setia blog Sendawa. Malah beliau pernah juga meninggalkan komen menyakat aku. Aku tidak pernah marah. Malah sekarang merasa begitu terharu di atas kesudian beliau menjenguk blog yang tak seberapa ini.

Malam ini malam Jumaat. Aku sedekahkan bacaan Yassin untuk Allahyarham Husnizaim bin Yahya, bapa kepada 7 anak. Walau mungkin berbeza pendapat dan prinsip, kita makan di restoran yang sama, menghirup udara yang sama, mengucap kalimah yang sama…

Selain itu sama-samal…

PESTA JIWA MUDA MUDI

Image
Tiga acara pementasan seni & budaya ini kalau boleh jangan harus dilepaskan. Para artis tahap dewa dan diva bakal menggegarkan sanubari anda dengan sentuhan magis mereka.

Aku sendiri sedang menepuk-nepuk dahi kerana tidak dapat ke Bagan malam esok(dem!) kerana ada dating di kota lumpur. Apa-apa pun selamat untuk kreativiti semua!



Acara: PENTAS KITA…KARYA KITA…
Hos: Bloggers Network @ Perak & Lantera Jiwa
Tarikh: 26 Jun 2009
Masa: 8.30 malam
Tempat: Laman Teratak Budi Ust. Ariffin Ngah Nasution, Bagan Datoh Perak (Selepas Stesen Minyak BHP Sungai Sumun )Bloggers Network@Perak
Seniman: Pyanhabib, Meor, Nik, Kulup Sakah, Mhd Hariry, Airmas, Mat Saman Kati, Bloggers Network@Perak




Acara: PEKAN FRINJAN edisi 3.0
Hos: Pekan Frinjan
Tarikh: 27 June 2009
Masa: 17:00 - 23:00
Tempat: Laman Menara Jam (belakang Plaza Alam Sentral), Dataran Shah Alam
Seniman: Khottal, Adam Kasturi, Hasmi Hashim, Isham, Rahmat Haron, Dila Raden, Alina Abdullah dll




Acara: MALAM SENI RAKYAT
Hos: CRG Communication & Pej…

FLYING KISSES TO ALLAH

Image
FROM MADINAH TO MAKKAH (1-13 June 2009)
Syukur Alhamdulillah, tercapai juga hajat aku menyempurnakan Umrah setelah beberapa tahun teringin melakukannya. Tak tahu bagaimana hendak jelaskan segala pengalaman di Tanah Suci dalam perkataan kerana ianya terlalu surreal, terlalu lazat, terlalu mistik. Kalau dulu aku agak skeptik dengan kenyataan jemaah yang menceritakan kenikmatan sekembali dari sana, kini setelah benar-benar menempuhi segala prosedur untuk menjadi tetamuNya barulah aku sedar tentang hakikat itu. Barulah aku mengerti tentang manis dan estetiknya lambaian kaabah yang diperkatakan ramai. Bersyukur besar aku kerana dipersudikanNya ke sana.

Dua peristiwa yang paling memberi nikmat kepuasan hingga terlerai berderainya perasaan hiba adalah ketika aku berjaya memasuki Raudhah (taman-taman syurga)di luar makam Rasulullah s.a.w di Masjid Nabawi, Madinah serta tatkala melekapkan pipi dan dada ke Kaabah (di Masjidil Haram, Makkah) setelah berpeluang sembahyang sunat di Hijri Ismail iait…