Takziah BN Sg Siput
Petang Ahad lalu Kak Wan membuka rahsia. Arwah yang berpulang pada 15 Mei 09, yang merupakan Setiausaha BN Sungai Siput, Perak rupa-rupanya seorang pengikut setia blog Sendawa. Malah beliau pernah juga meninggalkan komen menyakat aku. Aku tidak pernah marah. Malah sekarang merasa begitu terharu di atas kesudian beliau menjenguk blog yang tak seberapa ini.
Malam ini malam Jumaat. Aku sedekahkan bacaan Yassin untuk Allahyarham Husnizaim bin Yahya, bapa kepada 7 anak. Walau mungkin berbeza pendapat dan prinsip, kita makan di restoran yang sama, menghirup udara yang sama, mengucap kalimah yang sama…
Selain itu sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk pelukis Mansor Ghazalli yang meninggal dunia sehari sebelum pelancaran pameran solo beliau di RA Fine Arts. Majlis Belasungkawa dan penutup pameran akan berlangsung pada hari Ahad ini, jam 2 petang di galeri yang sama. Kita jumpa di sana, Insyaallah.
Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
Comments