Posts

Showing posts from December, 2009

Space Gambus Experiment - The hard-launch!

Image
Album SPACE GAMBUS EXPERIMENT akan dilancarkan secara rasmi oleh YM Raja Ahmad Aminullah pada Ahad, 27 Disember 09 bertempat di RA Fine Arts-The Gallery. Perasmian akan berlangsung sejurus pembukaan pameran "Seni muda/Young art" oleh Y.Bhg. Encik Amer Hamzah Arshad pada jam 3.00 petang. Jemput memeriahkan acara! Nota: Jangan lupa bawa duit secukupnya! Boleh shopping album ori RM20 saja (RM5 untuk TAF). Selain itu sempena hendak menyambut tahun baru, lebih dari 60 buah lukisan oleh pelukis2 muda boleh dibeli dengan harga RM1000 ke bawah! Rambang mata nanti woo.. . (RA Fine Arts bertempat di alamat : No.6, Jalan Aman, off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Untuk info lanjut mengenai pameran, hubungi pihak galeri di 03-21617341. Untuk info lanjut mengenai SGE, hubungi Kamal Sabran 016 5533391).

Space Gambus Experiment soft-launch

Image
Album 'SPACE GAMBUS EXPERIMENT' terbitan XPERIMENTAL LAB & TERATAK NUROMAR akan menemui khalayak buat pertama kali di acara di atas. Fusion bunyi-bunyian instrumental tradisi dan kontemporari dengan elemen-elemen terapeutik yang akan membuatkan anda 'high'. Gandingan mantap Kamal Sabran (Electro-Akustik) dan Zulkifli Ramli(Gambus) serta 15 pemuzik/sound artists antarabangsa. Dapatkan yang original untuk proses detoksifikasi jiwa dan mental anda! ;) Informasi lanjut di facebook - SPACE GAMBUS EKSPERIMENT atau emel kepada kamalsabran@gmail.com