Mercun

Malam tadi aku main mercun. Ada belen-belen dari tahun lepas. Teringat zaman kecil dulu main bunga api dan mercun bersama abah. Setahun sekali bajet dia pasti lari sebab beli mercun yang canggih sikit. Kami adik beradik akan berdiri jauh dari tempat mercun dipasang. Percikan api warna-warni yang di choreograph dalam macam-macam bentuk begitu indah dan memukau.

Di kampung ibu di Terengganu, kami main tanglong. Ada bentuk ikan, ayam, burung. Selepas lilin dipasang, ramai-ramai berarak merayau pusing satu kampung.

Malam tadi agaknya aku seorang aje yang terlebih seronok. Budak-budak tak sabar nak melihat percikan api dan letupan bom di playstation mereka… Cheh!

Comments

R@duan said…
latar berbeza mbawa persepsi yg. berbeza..
Littlesilence said…
seronok nya main bunga api. kat tmpat saya ni pon, hari2 berdentam dentum bunyi mercun. kadang2 rasa macam dengar orang berperang pulak.

time kecik2 dulu pon saya suka main mercun.Sampaikan ada kesan terbakar kat lengan. nostalgia lama kalau di ingat kembali,mmg indah ;)

salam kunjung sis..
Alah mercunku tersangkut di celah ranting bambu. Kereta lalu lalang terkejut (mungkin mengutuk dalam hati). Tapi Melor belum juga pasang pelita. Hei tak macam aku Si Siti Kecil dulu, malam 27 likur sudah pasang pelita,lepas itu berlari ke surau seberang jambatan gantung, ikut nenek tarawikh tapi kami lari ke kedai makan kerang rebus.hhhu rindu berlagu 50 tahun berlalu! Maaf Zahir Batin
THECORESYSTEM said…
dam dam dum!!lagu saloma!hee

Popular posts from this blog

Koleksi Saya #4

Sundal Malam

NARATIF SENI RUPA MALAYSIA