Mercun
Malam tadi aku main mercun. Ada belen-belen dari tahun lepas. Teringat zaman kecil dulu main bunga api dan mercun bersama abah. Setahun sekali bajet dia pasti lari sebab beli mercun yang canggih sikit. Kami adik beradik akan berdiri jauh dari tempat mercun dipasang. Percikan api warna-warni yang di choreograph dalam macam-macam bentuk begitu indah dan memukau.
Di kampung ibu di Terengganu, kami main tanglong. Ada bentuk ikan, ayam, burung. Selepas lilin dipasang, ramai-ramai berarak merayau pusing satu kampung.
Malam tadi agaknya aku seorang aje yang terlebih seronok. Budak-budak tak sabar nak melihat percikan api dan letupan bom di playstation mereka… Cheh!

Comments
time kecik2 dulu pon saya suka main mercun.Sampaikan ada kesan terbakar kat lengan. nostalgia lama kalau di ingat kembali,mmg indah ;)
salam kunjung sis..