Global Peace Festival

Aku dan sekumpulan pelukis selesai membuat lukisan amal untuk Global Peace Festival tadi siang (18 Oktober 08) di Stadium Putra Bukit Jalil. Kami putuskan tulis perkataan 'PEACE' saja. Tak payah nak berkonsep berat-berat. Lepas itu proses conteng menconteng dan kaler mengaler pun bermula sehingga lebih kurang 4 jam. Antara yang terlibat ialah Kamal Sabran (tuan direktornya), Fathullah Luqman Yusuf (superstar), Buden, Muid Latif, Fadhly Sabran dan gengnya (maaf i did not catch their names).

Difahamkan lukisan berukuran 10 meter panjang ni akan dirasmikan esok oleh Angkasawan Negara kita Sheikh Muzaffar sebagai salah satu acara Global Peace Festival. Tak tahulah mungkin nak dibawa ke bulan ke pulak selepas ini..

Sedih juga lihat pameran lukisan di sana tadi. Walaupun bangunan dan spacenya cantik, karya-karya pelukis (mungkin dari persatuan pelukis) banyak yang tak digantung dengan sempurna. Sekadar sandar-sandar pada dinding. Yang ditampal dengan tape habis bertaburan. Aku dan Fathul dah saling memandang dan bak ada telepati kami sempat berbicara perkara yang sama. "Kalaulah kita ni jahat, best juga kalau seludup masuk beg ni.."








Selepas break sekejap mengalas perut, figura wanita fathul sudah 'berbuah' dikerjakan budak-budak tu..PEACE!!

Comments

Tahniah Neem. Semalam kami berkumpul di galeri Jalan Aman. Kuberi tahu Neem dan kawan-kawannya yang muda-muda hebat tu berkumpul di Bukit Jalil - melukis KEDAMAIAN. " Hah tak tahupun acara tu" - itu suara Seniman Negara SAJ terlopong. Biasanya kalau tokoh kini ni kalau seronok . Kutambah cerita " Nanti lukisan tu akan di hantar ke angkasa mungkin Haneem, Fathul akan di bawa sama....hahah...kenapa tidak?
tq Kak Siti..ampun semalam tak sempat berjumpa semasa singgah sebentar di RA. Sewaktu dah nak pulang diberitahu Kak Siti ada duduk nun di meja hujung, tapi kerana menumpang orang utk ke pudu, tak dapat nak bersidai lama macam biasa..insyaallah jumpa di solomu di sokagakai okeh!

hehe..seronoknya kalau dapat melukis sambil terapung2 di angkasa kan..

Popular posts from this blog

Koleksi Saya #4

Sundal Malam

NARATIF SENI RUPA MALAYSIA