Monday, October 27, 2008

Halwa Telinga baru

Hari ini aku decide untuk rileks. Berehat satu hari sebelum sambung menghabiskan segala kerja-kerja penulisan yang masih aku berhutang dengan beberapa pihak. Setelah selesai SMS teman-teman berbangsa India untuk ucap selamat deepavali pagi tadi, aku terus pasang 3 buah cd lagu. Ulang dengar sampai boleh ikut beberapa buah lagu yang catchy.

YUNA


Waw!. Perempuan yang ini suaranya bak buluh perindu. Aku pertama kali melihat dia bermain gitar dan menyanyi secara akustik di KL singsong fest di KLPAC tahun ini. Lunak, magical, boleh cair lah dibuatnya. Suara dan gaya tarikannya ingatkan aku pada Norah Jones dan Sinead o connor. Susah nak jumpa muslimah yang pandai main gitar, menyanyi dan ada band lagi. Tabiklah sister! Album terbitan sendiri kali ini yang bagusnya terdapat sebuah lagu Melayu. Yuna selama ini menyanyi lagu-lagu Inggeris yang semuanya dicipta sendiri. Boleh akses informasi di www.myspace.com/yunaroomrecords

FATHULLISTIWA - PELAN B


Sesiapa terlibat dalam dunia muzik kalau tak kenal Fathullah Luqman Yusuf ni, minta maaf anda tidak boleh dianggap 'TRUE'. Fathul yang diturunkan di atas mukabumi sebagai spesis manusia yang sangat unik dan talented ini, bukan saja seorang genius dalam penciptaan bunyi-bunyian (dari bunyi melodius kepada yang kronik)malah punyai passion yang membuak-buak sebagai pelukis. Lagu-lagu beliau sudah digunakan sebagai soundtrack filem - contohnya dalam filem Cuci dan Kami (siri tv) dan sebelum itu menghasilkan lagu-lagu untuk kumpulan Flop Poppy dan beberapa penyanyi lain.

Dalam Pelan B, Fathul turut mengundang beberapa band lain iaitu Redemption, Nervedneless, Daily Flavoured Tunes, Dish, Founder dan Arus untuk mengisi ruang album ini. Sementara penyanyi wanita jemputan untuk menyanyikan lagu beliau adalah Ira dan Puteri. Lagu "Masih Pedih" versi Ira agak funk berbanding versi Fathul yang dark dalam album Romantikarat dulu. Aku suka keduanya.

Masih pedih diri ini
tuk menerima kenyataan pasti
seringkali ku merenung
rindu yang membeku..



DEWANGGA SAKTI -MABOK KEPAYANG


Kumpulan ini memang terkenal membuat persembahan lagu-lagu tradisional. Aku sudah beberapa kali melihat persembahan mereka tapi tak pernah pula tahu ada album. Mungkin ini yang pertama. Lagu-lagu yang mengisi album Mabok Kepayang ini menyelitkan elemen-elemen satira. Contohnya lagu instrumental "Belayar ke Pulau Jauh (untuk mencipta rekod dunia)" berlandaskan sinopsis tersebut :
Rakyat Malaysia suka mencipta rekod! Membuat donat atau kek berbentuk Menara Berkembar Petronas, bendera terpanjang dan bermacam-macam rekod lain. Bolehkah kegilaan ini membentu perkembangan minda dan intelek rakyat Malaysia?

Sebuah lagi lagu bertajuk "Tertinggal Kapal Angkasa" mengkisahkan:
Latar masa depan. Pak Abdul telah membelanjakan wang yang banyak untuk menempah tiket kapal angkasa untuk ke stesen angkasa lepas. Pada hari yang dijadualkan, dia telah tertidur dan tertinggal penerbangan tersebut. Pak Abdul pulang ke rumah dan terus tidur sepanjang hayatnya.

Hehehe...

8 comments:

Dewangga Sakti said...

Salam Kak Haneem,
Terima kasih kerana membeli.Itu hanya sebuah EP dan yang pertama.Tahun depan insyaAllah akan ada album penuh.Dan...banyak lagi satira.he he :)
Kalau YKP berminat,kami mahu letakkan CD utk jualan di sana.
Terima kasih.

Zul

guru besar haneem kaydeen said...

Boleh Zul. Emailkan contact info kepada rumahykp@gmail.com

Tahniah kerana memuzikkan nuansa Melayu hingga sampai ke peringkat antarabangsa!

Silence said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Silence said...

saya suka lagu Dan Sebenarnya..
her voice also..sama mcm Corinne Bailey Rae jugakk..

MeDiArTpAsSiOn said...

yes, gua setuju suara Yuna memang sedap gila dan gua tengah bayangkan kalau Yuna gunakan suara tu untuk mengaji. Im sure super sedapnyer

SITI ZAINON ISMAIL said...

ya, dua makhluk/kumpulan genius ini diturunkan ke bumi dengan sayap otak geliga.Fathul yang kerap menyembunyi bola matanya bila bicara dengan makcik ini, tidak pernah menolak bicara seni, resah gelisah terjawab dalam nada dan raung gubahan irama komputer. Dewangga Sakti saya pun angkat topi (kerudunglah). Jangan bohong kalau anda dan kalian tidak bergoyang lidah mendengar gubahan mereka. Terima kasih amat banyaaaak atas kesudian anda meriuhkan ruang Soka Gakkai. Ahaiahai....dia datang! Seniman Negara SAJ pun bergoyang bahu di meja makan....

nerveology said...

PELAN B itu sy sudah angkat tapi belum sempat nak dgr suara ira dan puteri yang merdu tu..haha

go go fathul...sy mahu beli baju selai...hehe

cikbie said...

haneem...bila kau berbicara pasal yuna dgn gitarnye..aku trigat kau dgn gitar kau masa kat seroja dulu...rasa2 mcm yuna juga...kalau di albumkan tu aku rase...yuna tak leh cari makan...