KAMI



"Pasangan suami isteri Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak selaku pengarah bersama filem Kami The Movie (KTM) telah membawa penonton menyelami kehidupan remaja hari ini. Filem ini mengisahkan masalah sosial remaja hari ini seperti penyalahgunaan Internet, dadah, lari dari asrama, masalah keluarga ialah antara konflik yang membelenggu kehidupan generasi sekarang. KTM yang mengangkat pergolakan kehidupan remaja ini dimantapkan lagi dengan elemen persahabatan, percintaan dan cita-cita." - dari Sinema Malaysia

Aku memang berhajat nak ke panggung menonton filem ini. Masih tak sempat. Susah-susah tunggu je tayangan di tv raya tahun depan. Hehe. Dulu pernah juga aku mengikut siri ini di youtube kerana tak dan melihat di tv. Not bad. Plot yang tidak membosankan. Bukan seperti drama-drama murahan yang sengaja melengah-lengahkan masa dengan flashback, habiskan satu runut bunyi (soundtrack) baru dapat mengaitkan plot pertama dengan yang kedua. Aduss..

Sebenarnya isu yang menarik inginku sentuh di sini ialah tentang rezeki sahabat aku si professional drifter Rahmat Haron yang bertambah glam bila antologi puisi Utopia Trauma nya terselit dalam salah satu adegan filem ini. Aku dapat laporan terkini lagi sensasi, permintaan untuk buku Rahmat semakin memberansangkan di kalangan anak-anak muda sejak ia terpapar dalam KAMI (Rahmat memang sudah sedia popular dan ramai pengikut tapi KAMI menaikkan lagi sahamnya lah) Wah! Tahniah bro. Aku tumpang gembira. Nanti bila dah tuntut hak royalti dari penerbit bukunya, jangan lupa kawan-kawan di Ipoh. hi hi hi

Teringat pada cerita Ada Apa Dengan Cinta dari seberang, pop dan sastera disebatikan. Budaya mengapresiasi seni diangkat dan dihebahkan. Mengapa filem-filem kita masih terlalu jauh dari mengintimkan khalayak dengan seni dan sastera? Kalau ada pun sekadar menggunakan karya-karya seni sebagai latar dekorasi dan pemanis frame filem dan bukan untuk meneroka dan mengungkapkan ide-ide di sebaliknya. Why? Why? Why? Orang-orang yang bikin filim, please correct! correct! correct! lah..

Apa-apa pun tahniah pada Fendi & Fizzi. Kalau nak tahu, Fendi adalah salah seorang ahli kugiran punk rock Carburetor Dung yang notorious itu. Salut! ;)

Comments

Pyanhabib said…
kena carik rahmat. set betul-betul kat mamak, ha!
lanterajiwa said…
akak... nak dapatkan buku dia kat mana??? YKP ada jual???
Ada tinggal beberapa naskhah rasanya di YKP. takpe, saya book satu untuk kamu ok
rahmat haron said…
setakat ni aku belum mendapat laporan suaRA suaRA lagi...tapi ituleer ...ntahleer nak tunggu karya sastera kuar kat filem ngan film star baru mendapat sambutan...ha..ha
takper..slow slow mat..tapi kalaulah dari awal tahu strategi fendi camnie..boleh gak selitkan mea culpa & sentap..sales tentu menjulang! ahahaha

Popular posts from this blog

Koleksi Saya #4

Sundal Malam

NARATIF SENI RUPA MALAYSIA