Koleksi Saya #6 & #7
BAKHTIAR NAIM JAAFAR
"Jeri In Dream"
Mixed media
Dimensions Variable
2006
Baru jam 12.30 pagi tapi mataku sudah nampak bantal. Ini mesti penangan pil selsema yang aku telan selepas makan malam tadi. Bukan sekadar air hidung, idea-idea bernas untuk menulis pun ikut kering (kunun). Sebelum aku tidur awal malam ini, elok juga aku pamerkan dua karya berbentuk bantal.
Sepasang bantal oleh Baktiar ini aku beli semasa pameran tribut Jeri Azhari di BSLN. Aku dan Hamir Soib (Gudang) dengan rakan-rakan di BSLN berjaya lakukan tribut itu kira-kira dua minggu setelah pemergian arwah. Sekitar 60 pelukis mengambil bahagian. Perasmian pameran yang paling berjaya dan best aku rasa, kerana begitu ramai yang datang walau malam itu di kaca tv ada siaran langsung perkahwinan siti nurhaliza & datuk K!
AZLIZA AYUB
"A Reminder"
48 x 78cm
Cotton & polyester pillow
2008
Lagi satu karya bantal..wah pelik betul 'art' ni bukan? Aku beli karya ini kerana dia ada perkaitan dengan instalasi yang dibuat Azliza Ayub di pameran Out of the Mould. Ianya menggunakan sepohon merah sebagai metafora dunia wanita dan motherhood. GOOD NITE!
Comments
bak..continue lah berkarya. sia2 je hamba kolek work tuanhamba..jangan bagi alasan takde studio..saya punya studio pun kat ceruk dapur jer..
sy belajar berbohong itu pun daripada en majidi la sape lagi...hehe tabik bos!
k.anem free love men kat bkt bintang trun ka? hehe cr baju lawa lawa haha...
alahai, if im 20 years younger, mau gak turun tgk freelove tu..takpe, sedia aje neskepe satu jug, jay boleh perfom kat rumah je nanti hehe
btw,cover album ise yg lukis tau. lukisan bard dimerchandisekan lagi ke macm tshirt muck tu? huhuu