OHPENING..

Selepas Raya ini aku rasakan KL bagai terlalu senak dengan begitu banyak pembukaan pameran. Berentetan. Hampir setiap hari ada opening. Sesetengahnya disekalikan dengan rumah terbuka raya. Nasib baiklah aku tak tinggal di KL. Kalau tidak boleh jadi gila dibuatnya. Kalau tak pergi nanti ada pula yang berasa hati. Kalau pergi selalu orang pun muak tengok muka kita. Jadi aku bersyukurlah kerana keluarga sudah sebulat suara nak bermastautin di Ipoh aje. At least sementara tunggu anak-anak membesar. Tahu tak kehidupan aku di Ipoh ini sungguh menyegarkan. Penuh solace. Placid abis. Tenang. Masuk aje kota berlumpur itu..aduhhh terus degup jantung jadi kencang. Biji mata menerawang. Urat keting bagai diregang-regang..plastik. Aku kadang-kadang senyum plastik kerana sampai tahap tepu bicara pasal seni di opening pameran. Sibuk melayan orang dari melayan karya-karya di dinding. Sebab itu, bila berkesempatan, aku akan jenguk pameran untuk kali kedua. Tanpa gangguan hingarbingar celoteh dan gosip manusia, tanpa selingan muzik bingit dan tanpa sibuk mengumpat tuan rumah tentang hidangan dan lauk yang tak cukup masin.

Anyway, hujung minggu baru ni aku gagahkan juga ke pembukaan dua pameran. POP FICTION oleh Amir Zainorin, Bob Azmin & Jeri Azhari yang dikurasi oleh Badrolhisham al taliban yang macho itu.


Aku, Bob Azmin, Amir Zainorin, Badrolhisham(kurator) dan Sita (balu Jeri)

Hari berikutnya ke pembukaan ANGIN SI PAUH JANGGI Siti Zainon Ismail. Kedua-dua dilancarkan bersama penerbitan buku yang padat dengan idea-idea berlandaskan konsep karya (keluaran RA Fine Arts).

Siti Zainon, Raja Ahmad dan Datuk Zaid

Sessi impromptu Fathul, Mustapha Ibrahim, aku dan beberapa dari khalayak membaca puisi Siti Zainon berlatarbelakangkan muzik fusion makyong dan techno Fathul sudah tentu kekal dalam ingatan.:)



Bawah - Fathul naik 'syiok' baca puisi kali kedua :)
Atas - Mustapha Ibrahim (pengasas Anak Alam) pun sporting abis..

Comments

alahai Haneem juga baca puisi syok habis, Fathul tak sabar nak tunggu Dewangga Sakti tak henti-henti bernyanyi - pelukis pul ini terkial-kial juga dengan acara begitu dah letih juga la Neem. Hei cantik dikau pakai baju kurung - nak lihat kaca mata kupu-kupu cikgu Besar tu mana ya? Tapi macam biasa acara begitu mana kita sempat untuk cetcot ya....untuk semua terimakasih ya...
haha..sekali sekala kena lah sopan dan tradisional sikit.. tahniah prof.kerana terus berjuang mengangkat budaya asli kita. bak kata datuk zaid - masih muda lagi youuu..:)
MeDiArTpAsSiOn said…
Tahniah to all artists yg keep on berpameran

Popular posts from this blog

Koleksi Saya #4

Sundal Malam

NARATIF SENI RUPA MALAYSIA