Wednesday, November 26, 2008

Aros di Arhus













Hari ini (25 Nov) aku ke Aros art museum di Arhus. Naik keretapi lebih kurang 3 jam untuk menemuramah dua orang penulis yang fokus mereka tentang isu-isu imigran dan Islamophobia. Malene Grondahl dan Carsten Fenger adalah suami isteri yang sebelum insiden 9/11 sudah mula meneroka topik yang berkisar dengan Islamophobia dalam konteks Denmark.

Sebelum waktu temuramah, sempatlah aku menjenguk pameran dan begitu seronok dapat berposing di karya Ron Mueck yang sohor itu. Selain itu, ruang paling bawah muzium ini diisi dengan karya-karya video dan new media. Buat pertama kali aku berupaya menyedut sedikit aura dari karya instalasi video Bill Viola...

Penat.Sejuk.Homesick..tapi kerja mesti diteruskan. Masih ada beberapa lagi seniman dan aktivis yang harus aku temui untuk sempurnakan eksperimen aku ini.

5 comments:

MeDiArTpAsSiOn said...

Cikgu! Dato' Chuah Then Teng dah meninggal petang semalam.

nerveology said...

gile best work tuh...! kembali

Anak Bumi said...

salam puan haneem,

tompang lalu. :P

guru besar haneem kaydeen said...

medi..he was a good batik artist.takziah

nerve..tadi pun baru tgk work damien hirst pulak.. tapi tak larat nak uplod citer lagi.penat gile

anakbumi. selamat mengintai..

arhamazmi said...

uii best best...tak tau nak kata apa2