Sunday, December 14, 2008

NAFAS Roadshow
















Penat gilerr..tapi aku sangat bahagia. Kedua acara yang melibatkan 2 tetamu dari Jerman yang berlangsung di Balai & YKP berjalan baik (walaupun aku harapkan lebih ramai pelukis hadir di Balai!) Ada dua alasan aku fikir. Pertama, golongan seniman memang tidak ada nafsu untuk majlis-majlis ilmiah sebegini. Kedua, waktu pejabat mungkin salah satu faktor pelukis-pelukis yang mengajar tak dapat 'kona'. Ketiga, promosi aku gagal (maklumlah one-man show punya kerja). Keempat, kedua tokoh ini masih belum begitu dikenali di sebelah sini. Kelima, keenam, ketujuh..nanti aku fikirkan kemudian.

Apa-apa pun, sekalung terima kasih kepada mereka-mereka yang hadir. Terima kasih yang tak terbalas aku kepada KP Balai Dr Najib yang memberi sokongan, Amerrudin, Anwar Badar, Syahrulniza, Nora (menu jamuan yang lazat) dan Ajip yang begitu 'concern' tentang projektor di YKP hingga telefon aku berkali-kali untuk memastikan semua berjalan lancar. (Kamal, terimakasih kerana jadi penyelamat di YKP yang tandus kemahiran teknikal).

Dr.Gerhard dan isterinya Pat yang melawat Malaysia buat pertama kali begitu seronok berjumpa bermacam ragam pelukis. Pada 10 Disember, Wong Hoy Cheong mempertemukan mereka dengan pelukis dari kolektif dan ruang alternatif. Pada 11 Disember, aku telah melantik Khairul Azuwan aka Ujang untuk membawa mereka melihat koleksi karya Pakhruddin, ke Galeri 12 melihat pameran Pua dan bertemu Shooshie (pelukis yang mengambil bahagian dalam Documenta 12 di Jerman tahun lepas) dan kemudian ke Galeri Wei-Ling.

12 Dis aku bertolak dari Ipoh jam 7 pagi, tinggalkan anak dara kecilku di rumah nendanya dan terus ke Balai untuk technical-check di auditorium. Selepas acara jam 6 petang kami ke RA Fine Arts mengadap RA, jam 7 ke Galeri Petronas melihat pameran fotografi Soraya Talismail. Malamnya ke Galeri Chandan bertemu Hasnul yang sedang bersilat memasang pameran lakarannya dan makan di sebuah restoran hingga lewat malam sehingga di 'halau' oleh mereka.

13 Dis jam 11 pagi kami bertolak ke Ipoh, makan tengahari bersama keluarga aku di Restoran Raban yang menyediakan masakan Perak. Petangnya masing-masing ber'siesta' untuk dapatkan tenaga semula bagi acara malam. Kami bersurai jam 1 pagi.

14 Dis Petang ini kami ke Kuala Kangsar, melawat Shahriman dan melihat-lihat kota diraja itu.









15 Dis Aku akan pengsan dengan senyuman :)

Aku harap mereka akan pulang membawa informasi tentang perkembangan terkini seni Malaysia untuk sesuatu yang bermakna. Januari nanti, Gerhard & Pat diundang membuat pembentangan di Tate Gallery, London. Harap-harap dapatlah negara kita yang kecil ini membuka mata dunia bahawa kita juga punya seni yang 'vibrant' dan canggih manggih dari sekadar buah manggih dan buah-buahan tempatan yang seumpamanya..(haha sori, ada wayar mungkin terputus ni)

10 comments:

MeDiArTpAsSiOn said...

Tahniah, sapa nak datang balai lagi?????? Pameran semua untuk orang2 tua jer heheheheheheheh. bak kata Fauzan,"pameran yang akan dimasukkan ke Balai ialah, watercolour, lanskap dan batik. Kalau tengok suasana semasa dan terdekat rasanya betul gak tu. Dengar2nya nak bawak pameran Kimono 'Contemporary' ke balai. Ubah sikit jer terus kontem. Kasihan....... Geli aku nak gantung!

Syahrul said...

Tahniah k.Hanim. Penat juga bunyinya tapi berbaloi.

Sorry x dpt dtg ke YKP disebab beberapa urusan di sini (harap 3 orang wakil dari balai dapat membantu (bebudak lain, last minit pulak tarik diri "takpe. nanti aku rotan mereka).

Moga program begini mendapat sambutan pd masa akan datang dan moga karya pelukis kita dapat di dipertontonkan serata di dunia.

guru besar haneem kaydeen said...

medi, ok apa balai..support lah jugak proposal adhoc guerilla aku..:) tapi kp dah sound, sekali sekala je boleh. berkali-kali susah sket. ahaks!

takpelah charown.masing-masing ada hal. yang penting sokongan moral kalian memberi kekuatan untuk aku bertahan kat sini.thanks

Pyanhabib said...

alamak, silap haribulan! terlepas, isyyyy!

guru besar haneem kaydeen said...

abg pyan dimaafkan sebab terpaksa bergig untuk koloni anai-anai bawah tanah hehe

bahazain said...

Hanim.
Tahniah dan semoga Tuhan rahmati sdr kerana mengglobalkan perhatian terhadap gelombang kesenian yg dikocakkan oleh bakat-bakat Malaysia.Apa karya baru sdr sekarang?

ise said...

meriah sungguh acara nya! tahniah cik kak!

guru besar haneem kaydeen said...

terima kasih dato'. sementara masih ada ghairah ni boleh lah buat mana yang mampu..karya2 terkini agak picisan..masih belum berdaya buat major work lagi macam
dulu-dulu..mungkin kena berkhalwat di gua mana-mana untuk cari masa berkarya :)

ise..bila nak balik ni..ke mung nok nikoh doh style bollywood hehe musrizal leh jadi pengapit!

SITI ZAINON ISMAIL said...

Alaihai Neem, sesekali diri dipanggil tugas di selatan ni terasajuga ketinggalan program seni di kl.Selamat dengan tugasmu, hingga jumpa lagi di hujung minggu ini di RA.
Salam dari Pantai Tanjung Klingga, Malaka , 18 Dis 2008

guru besar haneem kaydeen said...

doc, insyallah bertemu di RA malam sok..ada kopratasa lagi tuh!