Monday, December 29, 2008

Selamat Tahun Baru

Alhamdulillah hari ini aku masih bernafas lagi. Jika dipanjangkan umur, pertengahan tahun ini nanti genaplah empat dekad aku menumpang berteduh di tanah Tuhan. Jika nasib lebih baik sempatlah aku menghirup udara berjerebu dunia untuk sampai ke tahap umur Seniman Negara Syed Ahmad Jamal hendaknya. Aku tidak mahu hidup 1000 tahun lagi..

Berdoalah di awal tahun ini:

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga Baginda dan sekalian para sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi, demi kelebihan Engkau yang Maha Agung dan kemurahan Engkau yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon kepada Engkau perlindungan daripada syaitan, kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Dan aku memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Wahai Tuhan yang lebih penyayang daripada segala yang penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga Baginda dan sekalian para sahabatnya. Segala Puji bagi Allah yang memelihara dan mentadbir sekalian alam"

Salam MAAL HIJRAH 1430 untuk semua pemantau.Rock on bebeh..

4 comments:

Pyanhabib said...

selamat datang ke kelab warga emas!

guru besar haneem kaydeen said...

abg pyan..emas segram berapa hengget ye sekarang..wah bernilai betul kalau timbang ni :)

Anak Bumi said...

warga emas tu kira umur berapa?


selamat berhijrah guru besar!

kirim salam kat abg syed sekali. :)

guru besar haneem kaydeen said...

paeh, salam dibalas..jgn lupa 'barang' yg kami book tu :)