GAZA ART BAZAAR



SERAKAH
Akrilik atas kanvas
2009

SERAKAH menyentuh kemelut penderitaan yang berlegar di bumi gersang Palestin. Mata dunia memandang terkejut dan bersimpati namun tenungan mereka hanyalah sekadar tenungan. Kemanusiaan hilang ditelan rasa tamak haloba dan gila kuasa. Karya ini menguak dimensi gelap insan yang mabuk dengan nafsu serakah tersebut.

Bahagian tengah menonjolkan anak mata yang diselaputi tiga warna bendera Palestin yang ‘distorted’ dan binasa akibat kerakusan dan kezaliman manusia. Kepulan asap kemerahan sengaja dilebih-lebihkan untuk menterjemah bahang neraka dunia. Ini sekadar interpretasi pelukis yang tidak pernah berada di dalam suasana kebobrokan tersebut. Bunyinya tidak adil namun rasa sedih, amarah dan simpati tetap wujud di sudut hati.


Lukisan ini dibuat khusus untuk projek MSRI untuk Palestin dan sudah dipamerkan di Annexe CM pada awal tahun. Kini pameran tersebut digabungkan dengan lain-lain karya terbaru pelukis tempatan di Balai Seni Lukis Negara melalui Pameran Amal Palestin. Jemput memeriahkan acara pada Sabtu 14 Februari 09 dari 10 pagi hingga 9 malam. Demo grafitti dan pelbagai jualan akan diadakan. Pameran sehingga 28 Februari 2009.

PARA BLOGGERS SEMUA DIUNDANG KE MAJLIS PERASMIAN DI BALAI SENI LUKIS NEGARA PADA 20HB FEBRUARI 2009(JUMAAT), JAM 3.00 PETANG. PEMBUKAAN OLEH MARINA CHE DET@MADEY.



SEKITAR MAJLIS PEMBUKAAN




















ANTARA KARYA-KARYA..


Rahmat Haron
"Amazing World Atlas of Zionist"
2008




Hishamuddin Rais
"3 Coffins; Made in USA"
2008






Baktiar Naim Jaafar
"Territory"
2009

Comments

harap2 ada yg buta seni beli keh keh..
alahai cik nim, saya terhantar dalam bengkel adat-adat Melayu dan warisan selangor. karya untuk pameran tin-tin biskut lara gaza tersadai di tanjung karang. sekarang masih dalam bilik beku di ampang.dah 3 hari di sini...tahniah selamat acara petang ini.alfatiha untuk bumi gaza
Tukar Tiub said…
woit,

apa cerita di perak - bilik sulit terus jadi sulit yang paling sulit hingga tersulit sulit -

kah kah kah

isham 2504

p/s aku ambil gambar coffin - minta kebenaran - nak saman - aku tak ade duit - tk
haha..no problem. karya encik TT masuk katalog pameran tu..dah dapat copy ke?

bilik sulit terlalu sulit hingga terjarjis-jarjis dibuatnya hehe
Adore Clothings said…
NEW ITEM CHECK OUT ...PAUL GAUGUIN 'BORA BORA
nerve said…
eh malunya ada anjing kat dalam show tu...karya yang dari dalam bilik aku dah lama terbiar.. berjaya juga di bawa keluar selepas memakan pujukan caun untuk beramal dalam pameran palestin ini...auk auk bagai anjing menyalak bukit...macam tu lah dunia duk melalak tentang kekejaman israel tapi tiada apa yang berubah....!
adoreclothings...isshh pokai la gue camni!

bak..dasyat painting tu ..sudah2 le buat bantal hehe. congrats, tak sia2 work pun dah terjual..banyak nyawa kat gaza yang boleh diselamatkan!
nerve said…
alhamdulillah..saya tidak akan tidur lagi cikgu...hehe

Popular posts from this blog

Koleksi Saya #4

Sundal Malam

NARATIF SENI RUPA MALAYSIA