GAZA ART BAZAAR
SERAKAH
Akrilik atas kanvas
2009
SERAKAH menyentuh kemelut penderitaan yang berlegar di bumi gersang Palestin. Mata dunia memandang terkejut dan bersimpati namun tenungan mereka hanyalah sekadar tenungan. Kemanusiaan hilang ditelan rasa tamak haloba dan gila kuasa. Karya ini menguak dimensi gelap insan yang mabuk dengan nafsu serakah tersebut.
Bahagian tengah menonjolkan anak mata yang diselaputi tiga warna bendera Palestin yang ‘distorted’ dan binasa akibat kerakusan dan kezaliman manusia. Kepulan asap kemerahan sengaja dilebih-lebihkan untuk menterjemah bahang neraka dunia. Ini sekadar interpretasi pelukis yang tidak pernah berada di dalam suasana kebobrokan tersebut. Bunyinya tidak adil namun rasa sedih, amarah dan simpati tetap wujud di sudut hati.
Lukisan ini dibuat khusus untuk projek MSRI untuk Palestin dan sudah dipamerkan di Annexe CM pada awal tahun. Kini pameran tersebut digabungkan dengan lain-lain karya terbaru pelukis tempatan di Balai Seni Lukis Negara melalui Pameran Amal Palestin. Jemput memeriahkan acara pada Sabtu 14 Februari 09 dari 10 pagi hingga 9 malam. Demo grafitti dan pelbagai jualan akan diadakan. Pameran sehingga 28 Februari 2009.
PARA BLOGGERS SEMUA DIUNDANG KE MAJLIS PERASMIAN DI BALAI SENI LUKIS NEGARA PADA 20HB FEBRUARI 2009(JUMAAT), JAM 3.00 PETANG. PEMBUKAAN OLEH MARINA CHE DET@MADEY.
SEKITAR MAJLIS PEMBUKAAN
ANTARA KARYA-KARYA..
Rahmat Haron
"Amazing World Atlas of Zionist"
2008
Hishamuddin Rais
"3 Coffins; Made in USA"
2008
Baktiar Naim Jaafar
"Territory"
2009
Comments
apa cerita di perak - bilik sulit terus jadi sulit yang paling sulit hingga tersulit sulit -
kah kah kah
isham 2504
p/s aku ambil gambar coffin - minta kebenaran - nak saman - aku tak ade duit - tk
bilik sulit terlalu sulit hingga terjarjis-jarjis dibuatnya hehe
bak..dasyat painting tu ..sudah2 le buat bantal hehe. congrats, tak sia2 work pun dah terjual..banyak nyawa kat gaza yang boleh diselamatkan!