Wednesday, February 4, 2009

Lompat Si Katak Lompat


Arca katak miniatur karya Silvio Apponyi, pengarca Australia (Edisi 11/50, 1999)







"Katak o katak, kenapa panggil hujan"
"Macam mana aku tak panggil, ular nak makan aku"


Aku memang peminat katak. Di rumah ada hiasan-hiasan katak yang kiut-kiut.Katak ada banyak spesis. Terkini di Perak sudah ditemui spesis baru katak. Ianya boleh bertukar warna. Merah ke hijau ke biru muda ke biru tua. Aku tidak berminat dengan spesis ini tapi ianya menarik juga untuk kajian seni visual ...

Hari ini hujan tersangat lebat di Ipoh. Begitu banyak katak melompat-lompat girang..

13 comments:

Pyanhabib said...

jahanam spesies terbaru katak kat ipoh itu!

guru besar haneem kaydeen said...

katak2 ni elok humban ke sungai yangon tu..kasi makan ikan patin hehe

R@duan said...

tak dan nak buat sambutan harijadi yang pertama.....udah leboh yop!! takpa cuba lagi pru depan...

MeDiArTpAsSiOn said...

Dulu 'mereka' kata takkan terima katak2 bebas, tapi sekarang kerana kuasa mereka gembira kerana katak2 tu menyokong mereka.......

guru besar haneem kaydeen said...

hari ini hujan lebih lebat di ipoh. maka kelihatan lebih banyaklah katak-katak yang keluar dari tempurung persembunyian mereka..tergocoh-gocoh melompat menuju ke sebuah istana di far far away land..mungkinkah mencari si shrek yang sama warna kulitnya.

R@duan said...

hujan itu meraikan 'katak-katak' gergasi. sebab tu lebat semacam....!!

R@duan said...

kera jaan katak
kera dan katak
kerajaan katak
kera raja katak
kera raja dan katak
aaaaaahhhhhh !!

iseparkingproject said...

hahahahhahaha.rasa letih nak balik malaysia bila baca pasal katak2.

guru besar haneem kaydeen said...

balik le cepat..kita buat kajian tentang post-hiphop culture ie. budaya hop hop :)

ps: tlg bawak balik publication canggih2 sket

Tumbuk Rusuk said...

Ada Bapa Katak yang dulu terpaksa dinyahkan dari kaum yang dikatakan Katak...
lalu buka satu parti yang didiami spesis ular yang suka menyembur dan mematuk..
sikit-sikit buat assembly macam pagi-pagi hari senin kat sekolah. lalu berucap macam gurubesar,..berapi-api meluah provokasi
(tapi bukanlah gurubesar hanem kaydeen... he.he.)

Dulu September 16 kata akan ada 30 katak-katak akan melompat...
alih-alih tak jadi...
lalu ular kempunan katak..
entah kenapa, datang katak Bota dari spresis Parit
Bukan main kembang bapak ular
Berdiri yakin menunggu katak lain nak datang..

Rupa-rupanya kawan ularnya juga dari spesis katak.. melompat juga
Katak yang terjun ke kawanan ular dah berpatah baik...

Sari dua ini banyak pula ular-ular yang bukan terkejut ular...

terkejut BERUK..
BERUK..
BURUK..


Aduhai...

lanterajiwa said...

Ceramah Perdana Penjelasan Isu MB Perak

Tarikh : 8 Februari 2009 ( Ahad )

Masa : 9.00 malam

Tempat : Markaz PAS Chenderong Balai, Perak.

Yang memberi ucapan :
Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaludin

Ceramah berhubung dengan kemelut politik di negeri Perak.

Semua harus hadir...

iseparkingproject said...

siap! dah ada beberapa buku ni,termasuk biennale punya booklet

guru besar haneem kaydeen said...

oke tengkiu! salam pada semua kenalan di sana