Hujung minggu yang HYPER

Aku dan suami memaksa diri untuk putuskan sebentar rantai dunia profesionalisme kami demi anak-anak. Orang lain sudah habis enjoy cuti sekolah. Kami mula bercuti-cuti dari Jumaat hingga Isnin (cuti ekstra sendiri hehe). Waktu yang berdetak terlalu laju membuatkan kami gelisah tidak punya masa kualiti dengan mereka sebelum masing-masing membawa haluan sendiri. (Ataupun kami pergi menyambut panggilan Ilahi sob sob)

Sabtu pagi kami ke Berjaya Times Square mengunjungi Festival Games & Anime, melayan mereka main game dan bergambar dengan karakter-karakter dan maskot apa entah. Amoi-amoi bergaya ala gadis Harajuku, berpakaian skirt beropol pendek dengan stoking belang sudah tentu menjadi umpan yang berkesan untuk memancing para belia datang menghurung.

Petangnya kami shoot terus ke Masjid Tanah Melaka. Seperti biasa dengan perangai rock n roll kami main redah aje. Kawasan semakin gelap dan menyeramkan dan tiba-tiba kami menyanyi lagu Hotel California dalam keretalah pulak. Nasib baik ada bilik kosong di chalet murah Pengkalan Balak. Bagusnya ia terletak betul-betul di tepi pantai. Yang tak bagusnya, sehingga jam 2 pagi masih terlolong terlalak orang berkaraoke secara terbuka di kawasan itu. Telinga sebelah kiriku dilanyak muzik dangdut dan bollywood sementara sebelah kanannya disergah muzik rock kangkang oleh penyanyi-penyanyi yang 80% boleh tahan sumbang soranya…adei













Ahad petang kami ke bandar Melaka ke lokasi-lokasi biasa pelancong. Masuk kapal Muzium Samudera, cruise di Sungai Melaka dan lepak-lepak saja sebelum duduk di A Famosa yang penuh dengan budaya kitsch dan pelancong Timur tengah itu hehe..Malamnya pergi cari makan di luar (nak save bajet la katakan) dan bertembung lagi dengan sessi karaoke Hindustan. Dusyum! (Hmm..patut le Shahrukh Khan dapat Datuk!)

Isnin kami ke Animal Safari di situ yang ok lah jugak. Elephant Show nya paling bagus selain kami berpeluang menyentuh macam-macam haiwan. Aku yang nak lupakan sebentar dunia seni sewaktu berehat ini masih gagal kerana terdapat orang utan dan gajah yang sudah jadi artist hebat pulak dah. Sebagai sokongan kepada outsider artists, aku belilah lukisan mereka pada harga RM10 sebuah. Lepas ni bolehlah aku curate show binatang-binatang pulak :D



Penat woo..

Comments

Epah said…
penat tp best2 :D
kasi chance lah kome ponteng 2 hari hehe
Pyanhabib said…
dua hari dalam senarai `tidak hadir' sekolah!
MeDiArTpAsSiOn said…
This comment has been removed by the author.
MeDiArTpAsSiOn said…
Takat ponteng satu hari takde mende! Ingat cikgu ada mood ker nak ngajo 1st day pas cuti? takdonyer! Monday blues golongan cikgu ni sampai, Khamis, Jumaat baru depa senyum panjang.
Fa-T said…
ahaha.. ponteng ikut mak pak g jejalan tak pe... lawatan sambil belajar...

ahaha tergelak aku....
MeDiArTpAsSiOn said…
satu gi tu kira pontenglah, mak dia kan ker Guru Besau!hehehe
guru besau lahabau tak bertauliah :)
Unknown said…
Ahahah! Mak tiri dah jumpa dah blog guru besar! hee hee... Saje nak comment yang I kesian benar tengok si gajah tu. Dia nampak macam kena penyet je! heheheh...
OPOCOTT!! alamak mak tiri sudah pantau la plak...hehe welcome to my merapu world

abislah TNB orang nak tutup lampu sabtu ni hehe
tak sesedap percutian ise lah..dah balik ke join protes di bangkok lak?
maklumlah artis politikal bak kata ibu maritta :)
hahahah tgh duduk berharap diorang tak tawan airport dalam masa beberapa hari ni,kalau tak terpaksa lah naik keretapi balik ke kl.

Popular posts from this blog

Koleksi Saya #4

Sundal Malam

NARATIF SENI RUPA MALAYSIA