Musim bunga sudah tiba baby roses sedang mekar oh teratai bunga indah engkaulah pujaan hatiku.. buah popi tunggu dituai hari ini kami mulakan cuti sekolah dengan spring cleaning
Aisehmen..Pejam celik dah setengah tahun tak updet blog! Ini ada maklumat penting tentang buku yang saya terlibat sebagai editor :) Kalian semua diundang ke majlis pelancarannya..kalau tak sempat, boleh cari di Galerishop Balai Seni Visual Negara, atau mana2 kedai buku terpilih. Tarikh Pelancaran: 7 Julai 2012 (Sabtu) Masa: 10 pagi Tempat: Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur Buku seni rupa terhebat di abad ini! (keh keh keh..)
SINOPSIS: RAJA’AH: Seni, Idea & Kreativiti Sulaiman Esa [dari 1950an – 2011] dirancang sebagai sebuah pameran persis retrospektif yang menghimpun sejumlah karya yang pernah dihasilkan oleh Sulaiman Esa, salah seorang seniman tersohor tanah air. Ia bertujuan memberi peluang kepada khalayak masa kini menyelami bukan cuma perubahan bentuk tetapi yang lebih pentingnya peralihan proses, idea dan konteks yang melatari setiap siri pengkaryaan beliau sepanjang tempoh 50 tahun. Perkataan raja’ah bererti kemunculan semula, dan secara khusus merujuk kepada peralihan diri manusia dari yang duniawi dan eksistensial ke yang spiritual dan primordial. Dari satu segi, ia perjalanan batini yang terungkap dalam maksud potongan ayat Al-Quran “inna lillahi wa inna ilaihi raji’un” – sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kita kembali. Doktrin atau aqidah raja’ah menjadi pertikaian di kalangan ramai ulama Islam, lebih-lebih lagi dari sudut perkaitannya dengan fahaman Syiah. Beg...
Comments
he he
medi..tapi gegarannya still tak boleh chelen bik mama! :D
ise.kalau boleh kereta, kerusi ,meja pun nak masuk mesin basuh.
(tukarkan `spring cleaning' kepada `shopping cleaning' bersempena cuti sekolah, heh he!)
(medi, bukan spenderdiver tau hihi)