SEDEKAD SUDAH..

Salam Abah,

Sedar tak, hari ini sudah genap 10 tahun dikau dihijack Tuhan ke alam baru itu. Kami di dunia masih OK. Cucumu tetap 6 masih belum bertambah. Ibu masih menyibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti seperti marhaban, rombongan makan angin dan pusing padang pagi-pagi bersama gengnya. Jangan risau, dia masih solo :)

Dunia seni aku nampaknya semakin menarik selaras dengan kematangan aku. Terima kasih kerana sejak nak ambil SPM dulu sudah hire rakanmu untuk mengajar aku melukis. Aku pun tak pasti pelukis Grace itu hidup atau mati. Terima kasih kerana mengizinkan aku belajar seni dan fotografi di Holborn dulu. Terima kasih kerana membawa aku menjenguk Mona Lisa di Louvre. (btw, Mona diberitakan nak masuk BSLN!). Terima kasih kerana tolong buatkan artist statement aku masa mula-mula nak berpameran dulu hehe.Terima kasih kerana hadir di pameran-pameran yang aku sertai.

Ahh abah..aku terlalu melankolik ketika ini. Menyelak sehelai-sehelai lembaran kisah kita yang lampau.

AL-FATIHAH.

Comments

Pyanhabib said…
al fatihah.
(cikgu, jangan la gitu.
air mata leleh...)
MeDiArTpAsSiOn said…
Al-Fatihah. Memang sukar mencari seorang abah
sedih la pulak rasanya...
Epah said…
Al-fatihah
rindu arwah
terimakasih fatihah kalian

*epah mesti tak ingat uncle medi ponteng kelas sbb layan awak dan tok di luar dewan kuliah. wah cepatnya masa berlalu!
MeDiArTpAsSiOn said…
masa tu dia baby lagi. Alasan nak monteng kelas ATH. Anak pinjam anak orang. Bini plak pinjam adik orang!
masa tu epah seorang baby bucuk yang gemooookkk dgn rambut curlywurly.gone are your babydoll days hehe

hmm nasib baik ada org reti pulangkan balik lepas pinjam!
kamal sabran said…
tabah nurhanim khairuddin, banyak kan lagi projek ykp :)
sdr zie, terimakasih

tak tertabah dah kamal..projek peribadi dah bertimbun lak tahun ni..ykp kira dalam tempoh bertenang je le hehe

Popular posts from this blog

Koleksi Saya #4

Sundal Malam

NARATIF SENI RUPA MALAYSIA