Semangat Besi


Vrooom vroomm..fuyoh boleh runtuh jiwa minah rempit dan awek bohsia dibuatnya (oops! jangan pilih jalan hitam! hehe)


Seperti yang dijanjikan Raja Shahriman tiba dengan Shadownya selepas Isya' malam tadi untuk menyempurnakan sesi temubual di rumah aku. Rakaman lebih dua jam yang aku buat itu lebih menumpukan tentang aspek teknikal di dalam pengkaryaannya. Dari penggunaan besi buangan yang bermula dengan siri Gerak Tempur hinggalah pemakaian rod dan plet besi yang ditempa seratus peratus secara manual bermula dengan siri Nafas. Seperti lazimnya, bila berbicara dengan Shahriman, terlalu banyak ilmu yang aku perolehi khususnya tentang sifat-sifat besi selain lebih mengenali ketaksuban beliau dengan senjata Melayu seperti keris.

Malam tadi terungkai sebuah hal yang aku tidak pernah tahu. Pada awal pengajian di ITM, beliau langsung tidak berminat dengan arca tetapi begitu ghairah dengan catan-catan surreal dan fantastikal Dali, Max Ernst dan Francis Bacon. Shahriman lantas mengambil catan sebagai subjek major dan arca sebagai minor pengkhususannya. Di semester 5, atas nasihat dan dorongan Ariffin Ismail beliau menterbalikkan pengkhususan dengan menjadikan arca sebagai subjek major. Kini beliau mula seronok melukis atas kanvas. (jangan tak caye you..). Pameran solo bertajuk 'Rythm of the 21st Century' berkonsepkan serpihan besi perang yang ditangguh Galeri PETRONAS memberinya lebih banyak ruang untuk menambahkan hasilan catan.

Aku mengumpul segala data ini sebagai homework untuk penulisan sebuah artikel yang dipinta jaringan luar negara. Setelah cukup perihal seni, bila tiba bab hakikat seperti biasa aku belah dan biarkan suami saja yang ngobrol (haha..meorfolk tentu tergelak!)



http://universes-in-universe.org/eng/nafas/articles/2009/raja_shahriman

Comments

rahmat haron said…
bagus...bagus...wa respek sama lu brader Shariman! Bahan asasnya dari sampah-besi buangan! Hebat sampah ni!
Bard said…
cool la motor dia, nak beli tak de sen plak..k.anem kan?
meorpestajiwa said…
brader shariman mmg cool sokmo..hehe,yer...aku tergelak bila baca perenggan last tu hanim...hahaha
MeDiArTpAsSiOn said…
Hati2 bang man, tayar depan dah botak tu, layan lap tak sedap. Guru Besar bila plak nak lepaskan abnag toyah join geng motor.

Bicara dgn bang man memang membawa ke satu era lain seorg seniman yang tau apa bidangnya. Syukur kerana mengenali bang man.
mat - sampah ditransformasi jadi puluhan ribu ringget tuh

....-ni apahalak jadi jejaka dotdotdot nie

meor - layannnnn :)

medi - kitorang kena amik lesen dulu..pasni wa pegi opening balai pakai boot tinggi la wey hehe gempak gitu

note: ise, pakha, uwei, rahmat, fatul, pak samad dll kena stat amik lesen jugok! bole le buat konvoi seni dgn abg man ala2 hell's angels versi hadhari :D

Popular posts from this blog

Koleksi Saya #4

Sundal Malam

NARATIF SENI RUPA MALAYSIA