Resepi 1



Hari ni rezeki perut melimpah ruah. Syukur Alhamdulillah. Encik Tun, jiran aku yang isterinya kerap masuk hospital kerana sakit kronik baru pulang dari tugasan di pantai Timur. Mungkin sebagai tanda terimakasih kerana aku selalu gak tolong menjadi babysitter anak-anaknya, subuh-subuh tadi dihantarnya sekotak makanan laut yang segar bugar. Seronoknya dapat ikan kembong dan bapak sotong yang fresh!

Aku nak mula masukkan entri resipi lah pulak. Sedangkan bekas gerila palestin itu pun masuk entri resepi, inikan pula aku yang hidup dan bernafas dalam dapur ;)

SOTONG MASAK KICAP EKSPRES RAKYAT (nak guna 'rakyat' juga hehe):

Tumis bawang merah & bawang putih hingga naik bau
Masuk sotong (air yang keluar dibuang separuh)
Masuk sos cili dan kicap secukup rasa
Sekitar 10 minit campak daun selasih, cili merah dan cili padi
Tak payah garam atau gula sebab sos dan kicap dah cukup

SIAP! (sotong kalau dimasak lama akan mengeras, dan harus tunggu setengah jam pula untuk seratnya pecah semula)
Yang penting, presentation mesti lawa. Macam-macam warna ada, merah, hijau, purple, perang..berseni lah sikit


Hari ini juga setelah bosan tak ada berita yang menggairahkan tentang politik seni dan politik real, aku merakam spesis ulam dan sayur yang ada di laman. Rasa macam nak patent lah pulak bila teringat entri rahmat hari itu... kacip fatimah & tongkat ali





http://www.melur.com/myherba.asp

Comments

Pyanhabib said…
langkah kanan tak menjadi tu hari, isyyy!
haha..tulah nak wat surprise sangat! lenkali bagitau awal2..boleh besilat kat dapo tu :)
Unknown said…
Tenguk gambar aje dah meleleh air liur.
ni resepi ala2 gerila. main redah aje hehe
kena try ' khichuri ' la pulak ni,masakan yg dipelajari di bangladesh heheeehehe
rahmat haron said…
sedap...sedap tu...lapar ler plak menengok
ise - uplod ler resipi kat blog :)
mat - kalau rindu masakan aku meh lepak ipoh
Gedung Akal said…
ermm..ok gak blog ni. Teruskan sebab special le ade resep2 camni..susah nak dapat. tkasih
Anonymous said…
ha..itukan pokok 7 star needle? sedap tu kalau makan pucuknya dgn nasi panas dan lauk sotong ekspress rakyat..
ala neen, tak berani nak makan sotong masak kicap tu (sebab saiz badan dah naik lebih 55 kg. dah lama cuma masak tumis air menu nenek aje. tapi kalau ulaman oke le. dah 2 tahun tolak makan ubat klinik juga kerana kembali ke zaman gua batulah saya cuma makanan cara kampung . pening, batuk cuma minum air asam, akar pegaga, dan halia. mandi dengan daun-daun rebus sendiri le...lama tak jumpa ! rindu
gedung akal - selamat datang!

pol -ya betul, itu pokok jarum 7 tu. memang sedap pucuknya. sambil2 nyiram pokok dok mengunyah juga la buat ubat

prof - memang mujarab kalau amalkan mengulam. sekali-sekala makan yang pahit2 spt daun betik, peria, mengkudu. awet muda you..ye lama kita tak bersantai2. panjang umo jumpa lagi insyaallah

Popular posts from this blog

Koleksi Saya #4

Sundal Malam

NARATIF SENI RUPA MALAYSIA