Lolongkan Bundle itu

Hoodie Keith Haring. Simbol yang sama diguna oleh Buden di dalam karyanya "Etong Mula Mahu Berbicara"
Selamat berpuasa kepada blogger-blogger yang berpuasa. Bulan puasa begini, biasalah waktu bagiku seakan terlalu padat. Lepas berbuka sibuk tarawikh, lepas tu…sahur, lepas tu…masak, lepas tu…buka balik. Tinggal le beberapa jam untuk konsentret buat kerja. Mana nak berblogging lagi, mana nak berfesbuk lagi..oh ya akaun myspace aku pun tak lama lagi akan diRIPkan. Tak ada masa gue nak melayannya dah.
Dalam aku dok mengemaskini fail-fail di laptop, terjumpa pulak teks sajak psiko yang aku karang kira-kira 7 tahun dulu. Waktu itu masih di usia ‘blooming’, mungkin tahap adrenalin masih memuncak..lantas keluarlah bait-bait radikal yang kini aku pun tak sanggup membacanya hehe insyaallah akan cuba terbit secara sendiri sajak panjang bertajuk ‘Lolong’ ini..(after Howl oleh Ginsberg) dengan lebih sempurna. Dulu cuma mampu xerox dan diedar kepada kenalan rapat. Di dalamnya nanti terdapat lakaran-lakaran oleh beberapa pelukis seperti Bayu Utomo, Hamir Soib, Masnoor Ramli, Nur Hanim, Paiman, Majidi dll
Di bawah ini sebahagian darinya sebagai ‘teaser’ ;)
Yang terkedu ceria dengan wajah-wajah muram murung, melepakkan hiduprayau di sepanjang kakilima kotor dan mengira detik-detik senggang di gudang-gudang sergam: konglomerat milik asing yang mengabdikan jasad anak bangsa dan pojok-pojok konsumerisme yang mengumpan hangus poket;
kasta median dan kelas bawah yang zenofobik dengan pakaian BUNDLE bertampal-tampalan—kata demi kata angka demi angka disungging pada kotak flanel, simbol abstrak dan imej realis dicacah pada satah kreatif yang anarkistik dan ironik menyeranah etika bangsa—
dan mereka mundar-mandir menyuntik masa-masa luang di aspal-aspal berdebu pinggir kompleks dan megamall dengan picagari khayal tumpul mata berkarat merenung wajah-wajah siapa yang berbaris dengan kerut tongong meragas tangga eskalator dan lif eksotika demi menggadai keringat pada konsumerisme kapitalistik;
Hmm..bercakap tentang baju bundle, ramai nampaknya geng artist yang mula mengumpul t-shirt seni. Mungkin pada sesetengah orang, konsumsi barang-barang bundle dianggap low-class. Tapi aiman tak kesah. Sebab sejak zaman aku remaja di London dulu pun trend bershopping di Sue Ryder, Oxfam dan thieves-market bagi yang marhain itu perkara biasa. Keluar masuk Harrods setakat beli suratkhabar boleh lah hehe



Di Malaysia, beberapa pelukis pernah mengeluarkan produk t-shirt sendiri. Antaranya seperti Hamir Soib, Amir Zainorin, Hoy Cheong, Mark Teh dan Jeri Azhari. Bukan untuk buat harta melalui estet produk, tetapi lebih kepada melolongkan kenyataan seni mereka. ‘Wearable art’ ini sememangnya satu cabang seni awam/publik kerana boleh dipertontonkan di dalam lingkungan yang lebih awam dan luas. Bayangkan karya anda samaada visual mahupun teks dijaja ke sana kemari di dada pemakainya. Tak perlu galeri dan majlis untuk pameran.




Dari kanan: Fathullah, Fuad Osman, Saiful Razman, Nur Hanim
Mana tahu lepas ini, baju pelukis kita pulak yang tersesat ke bundle Amerika dan Jepun hingga menjadi rebutan ☺
Comments
selamat berposa kepada Haneem, Bg Syed dan anak2.
Dengan ucapan, raya tahun ni balik ke mana? haha.
- `teaser' tu macam pernah baca tapi aih, kat mana ye?
- wa dulu awal tahun 80-an pernah silk skrin (buat sendiri) puisi pendek (sendiri punya) kat t shirt dan wa jual, laku wooo!
-bangga nih! :)
bila nak keluar tshirt robot&dog tu? kalau ada nak beli! :D