Lolongkan Bundle itu


Hoodie Keith Haring. Simbol yang sama diguna oleh Buden di dalam karyanya "Etong Mula Mahu Berbicara"

Selamat berpuasa kepada blogger-blogger yang berpuasa. Bulan puasa begini, biasalah waktu bagiku seakan terlalu padat. Lepas berbuka sibuk tarawikh, lepas tu…sahur, lepas tu…masak, lepas tu…buka balik. Tinggal le beberapa jam untuk konsentret buat kerja. Mana nak berblogging lagi, mana nak berfesbuk lagi..oh ya akaun myspace aku pun tak lama lagi akan diRIPkan. Tak ada masa gue nak melayannya dah.

Dalam aku dok mengemaskini fail-fail di laptop, terjumpa pulak teks sajak psiko yang aku karang kira-kira 7 tahun dulu. Waktu itu masih di usia ‘blooming’, mungkin tahap adrenalin masih memuncak..lantas keluarlah bait-bait radikal yang kini aku pun tak sanggup membacanya hehe insyaallah akan cuba terbit secara sendiri sajak panjang bertajuk ‘Lolong’ ini..(after Howl oleh Ginsberg) dengan lebih sempurna. Dulu cuma mampu xerox dan diedar kepada kenalan rapat. Di dalamnya nanti terdapat lakaran-lakaran oleh beberapa pelukis seperti Bayu Utomo, Hamir Soib, Masnoor Ramli, Nur Hanim, Paiman, Majidi dll

Di bawah ini sebahagian darinya sebagai ‘teaser’ ;)

Yang terkedu ceria dengan wajah-wajah muram murung, melepakkan hiduprayau di sepanjang kakilima kotor dan mengira detik-detik senggang di gudang-gudang sergam: konglomerat milik asing yang mengabdikan jasad anak bangsa dan pojok-pojok konsumerisme yang mengumpan hangus poket;
kasta median dan kelas bawah yang zenofobik dengan pakaian BUNDLE bertampal-tampalan—kata demi kata angka demi angka disungging pada kotak flanel, simbol abstrak dan imej realis dicacah pada satah kreatif yang anarkistik dan ironik menyeranah etika bangsa—
dan mereka mundar-mandir menyuntik masa-masa luang di aspal-aspal berdebu pinggir kompleks dan megamall dengan picagari khayal tumpul mata berkarat merenung wajah-wajah siapa yang berbaris dengan kerut tongong meragas tangga eskalator dan lif eksotika demi menggadai keringat pada konsumerisme kapitalistik;


Hmm..bercakap tentang baju bundle, ramai nampaknya geng artist yang mula mengumpul t-shirt seni. Mungkin pada sesetengah orang, konsumsi barang-barang bundle dianggap low-class. Tapi aiman tak kesah. Sebab sejak zaman aku remaja di London dulu pun trend bershopping di Sue Ryder, Oxfam dan thieves-market bagi yang marhain itu perkara biasa. Keluar masuk Harrods setakat beli suratkhabar boleh lah hehe

T-shirt impot yang menjadi kegilaan ramai kolektor adalah dari artis seperti Basquait, Keith Haring, Andy Warhol, Roy Lischenstein, Barbara Kruger dll. Baju-baju ini ada yang untuk dipakai. Ada yang sayang untuk dilusuhkan lagi, jadi sekadar disimpan sebagai hobi. Bagi bundle addict, tentu setuju detik paling bahagia dan klimaks adalah apabila terjumpa sendiri baju idaman ketika memilih di kedai bundle atau pasar malam pada harga yang sangat murah! Aktiviti ini memerlukan daya kesabaran yang kuat. Kini, aku amat jarang ke kedai, tetapi membeli secara online. Walaupun harganya lebih mahal, aku tidak perlu membuang masa menyelongkar timbunan bundle lagi. Sekali sekala datang kemaruk, baru lah aku cari masa untuk membelek-belek di kedai.

Di Malaysia, beberapa pelukis pernah mengeluarkan produk t-shirt sendiri. Antaranya seperti Hamir Soib, Amir Zainorin, Hoy Cheong, Mark Teh dan Jeri Azhari. Bukan untuk buat harta melalui estet produk, tetapi lebih kepada melolongkan kenyataan seni mereka. ‘Wearable art’ ini sememangnya satu cabang seni awam/publik kerana boleh dipertontonkan di dalam lingkungan yang lebih awam dan luas. Bayangkan karya anda samaada visual mahupun teks dijaja ke sana kemari di dada pemakainya. Tak perlu galeri dan majlis untuk pameran.



Dari kanan: Fathullah, Fuad Osman, Saiful Razman, Nur Hanim





Mana tahu lepas ini, baju pelukis kita pulak yang tersesat ke bundle Amerika dan Jepun hingga menjadi rebutan ☺

Comments

woh, cun!


selamat berposa kepada Haneem, Bg Syed dan anak2.

Dengan ucapan, raya tahun ni balik ke mana? haha.
selamat berpuasa jugak kepada paeh. insyaallah ke tengganu kite :)
Adore Clothings said…
generasi bundle.......kak hanem
Adore Clothings salah satu kedai bundle online favourite saya! (ehem, jgn lupa diskaun baik punye) :)
Adore Clothings said…
haha...50% diskaun...hehe
Pyanhabib said…
cikgu,
- `teaser' tu macam pernah baca tapi aih, kat mana ye?
- wa dulu awal tahun 80-an pernah silk skrin (buat sendiri) puisi pendek (sendiri punya) kat t shirt dan wa jual, laku wooo!
-bangga nih! :)
abg pyan memang seniman sejati :)
MeDiArTpAsSiOn said…
oooo adore bagi diskaun 50% kat guru besar, aku sikit jer, tapi Jumaat lepas jumpa baju KH paling murah kat bundle pasar malam Putra Perdana since aku layan benda ni, dia bagi aku RM 20 jer. Nasib ko baiklah tokey..... aku bayar dan lari!!!!!!!!!!!!
pandei lah 50 persen diskon. itu gimik adore nak lariskan produk dia ler tu hehe..so far di ipoh ni paling murah aku dapat KH RM2.00 & RL RM5.00 good condition! inzal abeh hehe
Unknown said…
la banyak baju bundle yang cantik2 tapi aku buta seni
shoux said…
nak tshirt! hehe

bila nak keluar tshirt robot&dog tu? kalau ada nak beli! :D

Popular posts from this blog

Koleksi Saya #4

Sundal Malam

NARATIF SENI RUPA MALAYSIA