Aisehmen..Pejam celik dah setengah tahun tak updet blog! Ini ada maklumat penting tentang buku yang saya terlibat sebagai editor :) Kalian semua diundang ke majlis pelancarannya..kalau tak sempat, boleh cari di Galerishop Balai Seni Visual Negara, atau mana2 kedai buku terpilih. Tarikh Pelancaran: 7 Julai 2012 (Sabtu) Masa: 10 pagi Tempat: Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur Buku seni rupa terhebat di abad ini! (keh keh keh..)
Seniman Negara Datuk Syed Ahmad Jamal menyaman DBKL RM 5 juta kerana melanggar hakcipta pengkarya. Esok penentunya! Para pencinta dan penggiat seni boleh beri sokongan moral dengan memberi sorakan terhebat kepada Syed Ahmad Jamal Tarikh: 21 Mei 2010 (Jumaat) Waktu: 10 pagi Tempat: Mahkamah Dagang, Aras 5, Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur NOTA: Peguamcara bagi pihak pelukis ialah Wendy M.K Lam. Kes ini telah dibuka pada tahun 2003 dan dibicarakan di bawah AKTA HAK CIPTA 1987. Hakim bagi kes ini ialah Dato' Azahar bin Mohammed. Pakar seni jemputan sebagai saksi kes ialah Prof. Dr D'zul Haimi Md Zain (pensyarah seni UITM) dan Ooi Kok Chuen, penulis seni. Makluman mengenai perkembangan kes telah dimajukan oleh pihak Balai Seni Lukis Negara kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. KEPUTUSAN 21 Mei 2010 Kemenangan telah berpihak kepada Datuk Syed Ahmad Jamal dengan gantirugi sebanyak RM 750,000.00. Ha...
Comments
patut berjamu nasik ganja!
(hui, 6 september)
Man B :)
Semoga panjang umur & ceria selalu.And comel2xlah upin & ipin tu.
Semoga ber'sendawa' selalu ;)
Buuuurrrpp! Alhamdulillah