Thursday, May 20, 2010

SYED AHMAD JAMAL Vs. DBKL

Seniman Negara Datuk Syed Ahmad Jamal menyaman DBKL RM 5 juta kerana melanggar hakcipta pengkarya. Esok penentunya!









Para pencinta dan penggiat seni boleh beri sokongan moral dengan memberi sorakan terhebat kepada Syed Ahmad Jamal

Tarikh: 21 Mei 2010 (Jumaat)
Waktu: 10 pagi
Tempat: Mahkamah Dagang, Aras 5, Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur

NOTA:
Peguamcara bagi pihak pelukis ialah Wendy M.K Lam. Kes ini telah dibuka pada tahun 2003 dan dibicarakan di bawah AKTA HAK CIPTA 1987. Hakim bagi kes ini ialah Dato' Azahar bin Mohammed. Pakar seni jemputan sebagai saksi kes ialah Prof. Dr D'zul Haimi Md Zain (pensyarah seni UITM) dan Ooi Kok Chuen, penulis seni. Makluman mengenai perkembangan kes telah dimajukan oleh pihak Balai Seni Lukis Negara kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

KEPUTUSAN 21 Mei 2010

Kemenangan telah berpihak kepada Datuk Syed Ahmad Jamal dengan gantirugi sebanyak RM 750,000.00. Hakim mahkamah, Dato' Azahar Mohamed diberitakan berkata bahawa pampasan ini adalah "consolitary rather than compensatory damages..events reflect insensitivity towards artwork and modern malaysian art.."

TAHNIAH SYED AHMAD JAMAL!!

(dan terimakasih khas kepada Siti Zainon, Rahmat Haron, Poodien & Saiful Razman kerana menunjukkan sokongan bersama2 beberapa pelukis lain pagi tadi!)

Laporan BERNAMA

4 comments:

iseparkingproject said...

mana ni keputusan dah pukul 10.42 ni,lembab betul la... tak sabar nak gi makan kenduri ni

guru besar haneem kaydeen said...

haha.. keputusan tidak rasmi setakat 11.03 pagi - Syed Ahmad Jamal MENANG!!! tapi tak tahu dapat berapa gantirugi sebenar

rahmat haron said...

aku dtg sbb sokongan pd wisewomen jer...ha3

en_me said...

baru tau ada kes camni.. ingatkan amy search je leh saman .. ehehe