Thursday, March 18, 2010

LAT di Johor!!



Siapa tak kenal Lat sila jangan mengaku anak Malaysia.Yang baru-baru nak mengenal karya-karyanya, silalah jenguk pameran khas Lat 1Malaysia di UTM Skudai, Johor. Pameran anjuran UTM Skudai dan Kampung Boy serta disokong oleh Balai Seni Lukis Negara (BSLN) ini akan menemui khalayak bermula 26 Mac hingga 4 April 2010. Sebuah booklet khusus terbitan BSLN akan diedarkan sewaktu pameran. Paling penting ada catatan aku tentang pameran tersebut di dalamnya. Tu yang mahal tu..Hehe.. Cetakan adalah terhad. Siapa cepat dia dapat!

10 alasan pasai apa aku beriya promot acara ini:

Aku memang peminat kartun Lat 10x


Jadi, tunggu apa lagi? Pakat-pakatlah untuk ke ruang pameran di Bangunan Pentadbiran UTM Skudai sambil menjenguk tapak konvo UTM (konvo hingga 29 Mac). Pada 28 Mac 2010 (malam) sebuah sesi ceramah dan dialog bersama Lat akan berlangsung di sana.

(Di kesempatan ini ucapan setinggi-tinggi penghargaan aku tujukan kepada pihak BSLN khususnya tim pameran serta penerbitan kerana banyak membantu merealisasikan pameran ini)

Keberangkatan YM Raja Zarith Sofia pada 27 Mac 2010 (foto: Syahrulniza)









------------------------------------

LAT


Bagi khalayak muda di Malaysia pada hari ini, kartunis Lat (Dato’ Mohd Nor bin Khalid) mungkin lebih dikenali sebagai pencipta siri animasi TV Kampung Boy yang ditayangkan di Astro. Siri sebanyak 26 episod ini, yang berlandaskan buku cerita kartun Kampung Boy tentang kehidupan kanak-kanak di sebuah kampung di Malaysia (pertama kali terbit pada tahun 1979), menerima sambutan yang menggalakkan daripada penonton TV semenjak ia bermula pada tahun 1998. Selain daripada Malaysia, siri tersebut telah diputarkan di saluran-saluran televisyen Kanada, Jerman dan Asia.

Salah sebuah episod bertajuk Oh! Tok (kisah budak kampung bernama Mat bersama keluarga dan kawan-kawannya yang terpengaruh dengan pantang-larang tradisional) telah memenangi Animasi Terbaik (kategori 13 minit ke atas di Festival Animasi Annecy, Perancis,1999).

Para peminat kartun-kartun Malaysia di kalangan dewasa tentu mengenali kerja-kerja Lat semenjak tahun 1960an bilamana beliau mula melukis kartun untuk akhbar Berita Minggu dan sejak 1974 untuk New Straits Times. Sehingga kini Lat masih lagi menyumbang kartun-kartun editorial untuk akhbar New Straits Times.

Pada tahun 1998, ketika menerima anugerah Biasiswa Pertukaran Eisenhower, Lat melakukan kajian selama dua bulan tentang hubungan kaum di Amerika Syarikat. Beliau menemuramah tokoh-tokoh Kerajaan, Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan, aktivis-aktivis kumpulan komuniti dan individu-individu yang terlibat dengan isu-isu hubungan kaum. Lat telah dipilih sebagai rakyat Malaysia yang ke 25 yang menerima biasiswa tersebut di bawah Program Multi-bangsa yang bertujuan untuk mencetus kesefahaman, keamanan dan produktiviti antarabangsa melalui pertukaran maklumat.

Lahir di Kota Bharu, Perak pada 5 Mac 1951, Lat bermastautin di Ipoh bersama keluarganya. Kartun editorial beliau muncul setiap hari Isnin di New Straits Times.

6 comments:

abdullahjones said...

simpan booklet.28 saya datang.

guru besar haneem kaydeen said...

insyaallah. prioriti semestinya untuk regular customer sendawa :)

Pyanhabib said...

seludup boklet satu!

lanterajiwa said...

teman pun nak buklet satu...

Anak Bumi said...

lat talilat lai tamplom.

Aku pun membesar dengan kartun Lat. Belajar English pun dari kartun beliau. :)

guru besar haneem kaydeen said...

ok sudah pun diseludups ;)