Sunday, March 28, 2010

100,000 Mesti Sokong PPSMI!!!



"Pameran Pak Samad Membahang Indah"!! (Haha.. gimik je tajuk itew..)



Sempena mengambil keberkatan tarikh lahir Sasterawan Negara Pak Samad yang ke-75, pameran KATA LUHUR akan dirasmikan pada 9 April 2010 (Jumaat), jam 8.00 malam di lobi utama Balai Seni Lukis Negara oleh Seniman Negara Datuk Syed Ahmad Jamal.

Malam itu persembahan muzik dan puisi akan dijayakan oleh Meor Yusof Aziddin, Rahmat Haron, Dewangga Sakti, Taheera Rosheena, Siti Zainon Ismail, Rahimidin Zahari & Space Gambus Experiment serta Pak Samad sendiri.

Aku sebagai kurator pameran selalu juga mengimpikan agar dalam tempoh sebulan pameran 'KATA LUHUR',100,000 manusia dari demonstrasi besar dahulu dapat juga berulang-alik ke Balai Seni Lukis Negara melihat karya-karya lukisan terkini oleh seorang pejuang bahasa dan seniman yang amat kontemporari ini. Guru-guru, para pensyarah dan segala macam kelab dan persatuan dialu-alukan untuk mengaturkan rombongan lawatan ke pameran yang sungguh 'special' ini.

Sempena pameran KATA LUHUR, sebuah penerbitan khas tajaan Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, USM sedang diusahakan. Esei-esei oleh Rahmat Haron, Siti Zainon Ismail, Zanita Anuar, Hasnul J Saidon dan wawancara khas A.Samad Said oleh Nur Hanim mengisi penerbitan ini.



SINOPSIS PAMERAN

KATA LUHUR merupakan pameran solo kedua A.Samad Said yang memaparkan kira-kira 100 buah lukisan daripada 11 siri karya terbaru beliau. Himpunan lukisan ini adalah cerminan pengalaman A.Samad Said yang sering bergelut dengan jerih getir memperjuangkan dunia kesusasteraan yang sudah begitu sebati dengan dirinya.

Berbanding dengan siri lakaran di dalam pameran solo pertama (Daerah Samad, 2007) yang kelihatan lebih halus, gestural dan meditatif, karya-karya terbaru ini menonjolkan sapuan yang lebih ‘perkasa’, ‘ganas’ dan penuh yakin seiring dengan nuansa yang menyelubungi detik-detik pengkaryaan lukisan-lukisan tersebut.

KATA LUHUR adalah rakaman visual serta ‘catatan batin bangsa’ sebuah era yang sarat dengan kisah resah gelisah serta gelora seorang sasterawan dalam menongkah sebuah kehidupan, berbaur dengan pelbagai episod yang mengitari daerah bahasa dan bangsanya.


Kurator Pameran


Pameran KATA LUHUR - A.Samad Said adalah anjuran bersama Balai Seni Lukis Negara & Pelita Hati dan ditaja oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM, I&P Group, Axiata (Khazanah) dan Teratak Nuromar.

Highly recommended lebih-lebih lagi untuk para pejuang bahasa.. bukan pejuWang bahasa yeah!

4 comments:

SITI ZAINON ISMAIL said...

ooooh, gugurlah air mata ini, kerana berjauh di hari keramat SN. Doa dari jauh harap cukuplah suaraku mewakili kasih kami.Doa buat bapak dan tahniah kepada kurator dan semua penaja yang faham calar hati nurani seniman. Allahuakbar...... teringat, kembali suara di ruang anjung, beliau datang ke tertak kami di Gombak tahun 1967!

guru besar haneem kaydeen said...

Terimakasih 100x juga kepada bonda CT kerana sentiasa menyokong dan memberi inspirasi kepada kami2 yang kecil dan sering berlagak pandai ini:)

Anak Bumi said...

inshaallah akan datang cikgu! :)

sinaganaga said...

insyaallah, gua datang