Posts

PEREMPUAN, HUJAN & KEMATIAN

Image
Hanya untuk yang berjiwa kental..

Pameran Lat @ UTM

Image
Gamaknya bulan ini bulan universiti untuk aku..Hari tu ke UUM, kini UTM. Kali ini diminta Kampung Boy untuk uruskan pameran Lat - sempena Dato' Lat menjadi karyawan tamu selama 2 tahun di sana. Balai Seni Lukis Negara sebagai penghimpun bahan-bahan dari pameran Retrospektif Lat yang dibuat Piyadasa pada tahun 2004, aku libatkan sama. Pameran dirancang selama beberapa minggu di UTM bermula 26 Mac 2010 dan sempena memeriahkan lagi majlis konvokesyen mereka. Dan sudah semestinya sebuah karya yang akan aku masukkan adalah seperti yang di bawah. Contoh hidupan liar yang akan dikenang sepanjang zaman keh keh keh.. ;D pyan

Cinta di Belantara

Image
Nur Hanim Khairuddin, 'Blood Vessels', 2009 Aku diundang Berita Harian untuk ikutserta Malam Puisi Riong di Universiti Utara Malaysia, Sintok bagi segmen deklamasi puisi. Aku akan baca 'Legasi Sang Perang' oleh Amirul Fakir. Depan 1000 manusia. Sebaris Dinsman, Puzi Hadi, Khadijah Hashim & Hattan. Fuyoh. MALAM PUISI RIONG: "Cinta di Belantara" - 3 Februari 2010 - 8 malam - Dataran Perdana UUM Para groupies ku di Zon Kedah dan yang sewaktu dengannya..mai jangan tak mai nooo

sentAp! - Mari 'bersama' secara HALAL ;)

Image
Majalah seni visual paling kontemporer muncul kembali. Setelah tim 3 musketeers (ke 3 stooges ?) Hanim, Ise & Yan beriadah dan bersantai selama dua tahun, kami kembali pada tahun ini dengan semangat baru untuk menyentap :) Isu pertama ini memuatkan penulisan daripada Beverly Yong, Pakhruddin Sulaiman, Roopesh Sitharan, Sarena Abdullah, Sharon Chin, Dan MacKinlay, Chu Yuan, Ooi Kok Chuen dan Nur Hanim Khairuddin. Bantulah kami. Tolonglah kami. Jangan dok asyik mintak free hehe.. Sementara ini sentAp! boleh didapati di ejen-ejen baik hati seperti berikut pada harga RM 15: Galeri Shop, Balai Seni Lukis Negara Galeri Shop, Galeri PETRONAS Galeri Pelita Hati, Bangsar Galeri 12, Setapak RA Fine Arts, Ampang Sita Jeri, Studio 55, Bangsar Galeri Chandan, Bukit Damansara Valentine Willie Fine Art, Bangsar Untuk tempahan melebihi 10 naskhah, sila emel terataknuromar@gmail.com

Space Gambus Experiment - The hard-launch!

Image
Album SPACE GAMBUS EXPERIMENT akan dilancarkan secara rasmi oleh YM Raja Ahmad Aminullah pada Ahad, 27 Disember 09 bertempat di RA Fine Arts-The Gallery. Perasmian akan berlangsung sejurus pembukaan pameran "Seni muda/Young art" oleh Y.Bhg. Encik Amer Hamzah Arshad pada jam 3.00 petang. Jemput memeriahkan acara! Nota: Jangan lupa bawa duit secukupnya! Boleh shopping album ori RM20 saja (RM5 untuk TAF). Selain itu sempena hendak menyambut tahun baru, lebih dari 60 buah lukisan oleh pelukis2 muda boleh dibeli dengan harga RM1000 ke bawah! Rambang mata nanti woo.. . (RA Fine Arts bertempat di alamat : No.6, Jalan Aman, off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Untuk info lanjut mengenai pameran, hubungi pihak galeri di 03-21617341. Untuk info lanjut mengenai SGE, hubungi Kamal Sabran 016 5533391).

Space Gambus Experiment soft-launch

Image
Album 'SPACE GAMBUS EXPERIMENT' terbitan XPERIMENTAL LAB & TERATAK NUROMAR akan menemui khalayak buat pertama kali di acara di atas. Fusion bunyi-bunyian instrumental tradisi dan kontemporari dengan elemen-elemen terapeutik yang akan membuatkan anda 'high'. Gandingan mantap Kamal Sabran (Electro-Akustik) dan Zulkifli Ramli(Gambus) serta 15 pemuzik/sound artists antarabangsa. Dapatkan yang original untuk proses detoksifikasi jiwa dan mental anda! ;) Informasi lanjut di facebook - SPACE GAMBUS EKSPERIMENT atau emel kepada kamalsabran@gmail.com

JEMPUTAN KE FORUM SENI

Image
Anda semua diundang ke forum yang diatur sempena pameran solo Raja Shahriman "Rythms of the 21st Century" yang bertajuk "SENI ARCA DARI KACAMATA SOSIAL, BUDAYA & AGAMA" 21 November 2009 (Sabtu), 3.00-5.00 petang Galeri PETRONAS, KLCC Ahli Panel: 1. TENGKU SABRI TENGKU IBRAHIM Pengarca/Pensyarah Multimedia University 2. MAD ANUAR Pengarca 3. RAJA SHAHRIMAN RAJA AZIDDIN Pengarca 4. FATHI ARIS Pengkritik Budaya/Editor Malaysiakini 5. USTAZ MOHAMAD NAJIB BIN ABDULLAH Ketua Program Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) Universiti Sains Islam Malaysia Moderator: NUR HANIM MOHAMED KHAIRUDDIN Pekerja Seni