Budak Kelantan

Aku baru balik nonton Budak Kelantan ditemani budak Kelantan - Ise. Haha..
Filem ini betul-betul membuatkan adrenalin aku mengalir deras. Tak tahu mengapa. Tapi sejak adegan seorang gadis diperkosa Jaha dengan bantuan rakan-rakannya, elemen-elemen 'super' jahat Jaha yang tak henti-henti dipertonjolnya membuatkan aku tak senang duduk. Nasib baik diimbangi dengan paparan kebaikan dan kealiman si Buchek, teman baik semasa kecil di kampung.Tekanan darah boleh naik turun dibuatnya.
Hari ini aku belajar term Kelantan barulah ngan Ise hihi.. 'Geh' = ubat batuk, 'Kacik'=stone=khayal, 'Cik Hussin'=ganja (So, Meet Uncle Hussin tu ada makna la ropenya kot??).
Filem ni agak raw dan tidak dikosmetik seperti feature komersial lain. Rentaknya laju. Aku suka kerana tak banyak buang masa. Rasanya ia lebih baik dijadikan filem pendek. Lebih padat.
Apa-apa pun, ketiga-tiga karektor utama yang dilakon Bienda (Nor), Danny(Buchek) & Asrulfaizal (Jaha) sangat meyakinkan. Jaha memang menjadi. Pelakonnya boleh dapat anugerahlah nampaknya.
Rasanya filem ni tak lama di panggung kerana cenderung artistik. Cepat-cepatlah tengok kalau teringin!
Comments
tapi karakter badboy filem ni memang terror. walaupun jahat sejahatnya, kita akan ada perasaan simpati pulak...tu yg ramai pompuan jadi mangsa bila jumpa org2 macam ni agaknya.
(batuk seratus hari agaknya)