Budak Kelantan



Aku baru balik nonton Budak Kelantan ditemani budak Kelantan - Ise. Haha..
Filem ini betul-betul membuatkan adrenalin aku mengalir deras. Tak tahu mengapa. Tapi sejak adegan seorang gadis diperkosa Jaha dengan bantuan rakan-rakannya, elemen-elemen 'super' jahat Jaha yang tak henti-henti dipertonjolnya membuatkan aku tak senang duduk. Nasib baik diimbangi dengan paparan kebaikan dan kealiman si Buchek, teman baik semasa kecil di kampung.Tekanan darah boleh naik turun dibuatnya.

Hari ini aku belajar term Kelantan barulah ngan Ise hihi.. 'Geh' = ubat batuk, 'Kacik'=stone=khayal, 'Cik Hussin'=ganja (So, Meet Uncle Hussin tu ada makna la ropenya kot??).

Filem ni agak raw dan tidak dikosmetik seperti feature komersial lain. Rentaknya laju. Aku suka kerana tak banyak buang masa. Rasanya ia lebih baik dijadikan filem pendek. Lebih padat.

Apa-apa pun, ketiga-tiga karektor utama yang dilakon Bienda (Nor), Danny(Buchek) & Asrulfaizal (Jaha) sangat meyakinkan. Jaha memang menjadi. Pelakonnya boleh dapat anugerahlah nampaknya.

Rasanya filem ni tak lama di panggung kerana cenderung artistik. Cepat-cepatlah tengok kalau teringin!

Comments

Rahimidin Z said…
Di luar filem, Jaha tu kawan saya, budak yang baik. Bercakap pun antara kedengaran dan tidak.
dia seorang pelakon yang bagus. naik seram saya..
nerve said…
sy belum tgk lagi tapi ada la tgk kat youtube i/w dngn pengarah dia pasal BUDAK KELANTAN ni...huk aloh buat gapo dok sebok kat page orang ni..hehhe
ada masa pi lah tengok ramai2..mesti ada yg nostalgia zaman minum ubat batuk hehe

tapi karakter badboy filem ni memang terror. walaupun jahat sejahatnya, kita akan ada perasaan simpati pulak...tu yg ramai pompuan jadi mangsa bila jumpa org2 macam ni agaknya.
MeDiArTpAsSiOn said…
Kalau dah pengarah yg baik dan pelakon baik disparring mesti jadi best, Awe (panggil aku utk Wan Azli) tu kalau sapa kenal & sembang ngan dia memang best & tak heran hasilkan benda camni. Tapi adakah ini yg 'best' dalam film scene Malaysia? Atu mamak jarum atau seperti seperti sembilu ngilu tu yg best???????? Layaaaaaaannnnnnnnnnnn!!!!!!!!
amerr said…
woiiii...aku hari-hari kena 'geh'! tapi tak jahat ponnn...'bejughuh'lagii ada..

(batuk seratus hari agaknya)
hehe mer, ise kata perkataan 'geh' hanya dipakai bagi ubat batuk yang diguna semata2 untuk tujuan weeeennggg..kalu jumpa doktor di kelantan dan mintak 'geh' memang cari pasal le hehe :)

Popular posts from this blog

Koleksi Saya #4

Sundal Malam

NARATIF SENI RUPA MALAYSIA