Wednesday, April 29, 2009

ooo laa laa...



Cayalah Mat! Pak Samad boleh rileks dah pasni :)

Monday, April 27, 2009

Semangat Besi


Vrooom vroomm..fuyoh boleh runtuh jiwa minah rempit dan awek bohsia dibuatnya (oops! jangan pilih jalan hitam! hehe)


Seperti yang dijanjikan Raja Shahriman tiba dengan Shadownya selepas Isya' malam tadi untuk menyempurnakan sesi temubual di rumah aku. Rakaman lebih dua jam yang aku buat itu lebih menumpukan tentang aspek teknikal di dalam pengkaryaannya. Dari penggunaan besi buangan yang bermula dengan siri Gerak Tempur hinggalah pemakaian rod dan plet besi yang ditempa seratus peratus secara manual bermula dengan siri Nafas. Seperti lazimnya, bila berbicara dengan Shahriman, terlalu banyak ilmu yang aku perolehi khususnya tentang sifat-sifat besi selain lebih mengenali ketaksuban beliau dengan senjata Melayu seperti keris.

Malam tadi terungkai sebuah hal yang aku tidak pernah tahu. Pada awal pengajian di ITM, beliau langsung tidak berminat dengan arca tetapi begitu ghairah dengan catan-catan surreal dan fantastikal Dali, Max Ernst dan Francis Bacon. Shahriman lantas mengambil catan sebagai subjek major dan arca sebagai minor pengkhususannya. Di semester 5, atas nasihat dan dorongan Ariffin Ismail beliau menterbalikkan pengkhususan dengan menjadikan arca sebagai subjek major. Kini beliau mula seronok melukis atas kanvas. (jangan tak caye you..). Pameran solo bertajuk 'Rythm of the 21st Century' berkonsepkan serpihan besi perang yang ditangguh Galeri PETRONAS memberinya lebih banyak ruang untuk menambahkan hasilan catan.

Aku mengumpul segala data ini sebagai homework untuk penulisan sebuah artikel yang dipinta jaringan luar negara. Setelah cukup perihal seni, bila tiba bab hakikat seperti biasa aku belah dan biarkan suami saja yang ngobrol (haha..meorfolk tentu tergelak!)



http://universes-in-universe.org/eng/nafas/articles/2009/raja_shahriman

Friday, April 24, 2009

SANDIWARA DI PERAK


22 April 09 jam 3 petang aku sudah menanti di lobi Hotel Heritage Ipoh. Pelukis M.Aminuddin sudah berjaya menjerat aku ke dalam kancah sebuah sandiwara yang tak tercapai akalku..

Kami menyambut harijadi seorang amoi bernama Janet. Inilah sambutan harijadi yang paling remeh dan bermasalah. Hebatnya party ini hingga mereka terpaksa mengupah artist Amin dan Fadhil Idris untuk membuat 'instalasi' secanggih mungkin. Entah berapa belas kali hadirin terpaksa menyanyi 'happy birthday' dan Janet pula termengah-mengah meniup lilin pada kek berulangkali.Boring sungguh.

Sebenarnya aku terjebak dalam shooting scene harijadi sebagai pianist kehormat. hehe. Mujur saja hanya lagu Happy Birthday (yang aku ambil scorenya dari internet)yang diminta pengarah. Kerana aku sudah tidak begitu konfiden untuk membaca nota-nota Bach, Cezanne dan Beethoven lagi.

Tajuk drama ini 'Nur Ar-Rahman' terbitan RTM [cari makan beb ;)] di bawah pengarahan Asri Alias. Tunggu tayangannya pada bulan Ramadhan akan datang. Manalah tahu kot kot dapat melihat wajah cun melecunku nanti...kalau tidak pun mendengar petikan piano yang paling tak sedap itu..Wah! Femes giler! Hahaha




IPOH..segalanya mungkin
(pesanan ini dibawa khas oleh SENDAWA..kami tak hot, kami koool....:)

Monday, April 20, 2009

So..makanya...

Awal pagi Sabtu aku sudah pecut dari Ipoh kerana harus menghadiri mesyuarat di sebuah venue anon untuk sebuah projek baik punya di penghujung 2010 (jengjengjeng..kasi suspen la sikit). Bersurai sekitar jam 3 dan terus menghala ke Jalan Tun Razak untuk ke BSLN memungut beberapa perkara. Jem agak pekat. Mungkinkah kerana rakyat Malaysia berpusu-pusu ingin ke pesta buku? Sungguh unsangkarable..

Alang-alang ke Kolumpo, petangnya aku teruskan langkah ke galeri Pelita Hati. U-Wei Saari melancarkan pameran '3D to 2D Sculpture Studies' iaitu karya-karya prosesual pengarca dalam bentuk lakaran. Agak menarik pameran ini kerana kita diajak mengintai dulu proses awal mereka mengembangkan idea sebelum penghasilan arca. Pameran arcanya pula dijangka pada bulan Mei nanti. Antara seniman yang mengambil bahagian adalah seperti Daud Rahim, Raja Shahriman, Suhaila Hashim,Ramlan Abdullah, Rosli Zakaria, Abdul Multhalib dll.

Selingan: [Malamnya Rahmat ajak ikut acara luncur buku oleh Pak Samad di TTDI. Bersama Ise, kami meluncur dulu ke rumah mak aku. Sementara aku bersiap, mereka berdua diceramahseni mak aku yang begitu teruja bercerita tentang rombongan makcik-makciknya ke luar negara.Ada yang terlalu tua dan berkerusi roda, ada yang mata sudah berkatarak. Keletah makcik Saadiah dan makcik Som tentu saja terpahat dalam ingatan kami :)]




Kami ke sebuah rumah teres (kepunyaan penulis-penulis muda mungkin) di TTDI dan dihidangkan dengan nasi lemak bersambal kaw serta santapan jiwa yang memberansangkan. Rahmat bersajak, Fathul melancarkan T-Shirt dan ada acara bacaaan naskah, rap dan nyanyian oleh anak-anak muda. Kumpulan Mysthicus gabungan seniman Malaysia dan Indonesia(Mamat & Ronny)boleh tahan persembahannya. Aku seakan dibuai mimpi menikmati sentuhan plucking moden klasikal gitaris dan kadang-kadang seram pula melihat sang penyanyi yang sudah agak emo hehe. Sebagai finale Pak Samad pun melancarkanlah buku 'Perempuan Simpanan' dan 'Dua Lauk' terbitan Sindiket Soljah dan Sang Freud Press.



Seperti biasa Pak Samad tidak kedekut melontarkan saranan dan berkongsi ilmu tentang dunia penulisan. Beliau menganggap dunia penulisan yang satu lagi ini menampilkan pemikiran dan kreativiti 'wanita-wanita intektual' dan berfikiran bahawa corak penulisan sebegini lebih menjurus kepada ilmu sosiologi lebih dari kesusasteraannya. Dia mengulang kembali satu hal yang aku saksikan sewaktu acara 'Bertemu Salina' di UiTM Perak..kalau berbicara janganlah banyak sangat 'so..so'nya. Gunalah 'makanya'. Dan tiba-tiba laungan 'Jangan Bunuh Bahasa Ibunda' seakan bergema di seluruh ruang.



Apa-apapun syabas kepada geng alternatif ini yang berusaha menerbitkan penulisan mereka secara independen.(Kenali mereka di http://www.sol-jah.blogspot.com/)

Sunday, April 12, 2009

Pheeewwwitttt!!!


Gambar sewaktu di House of Matahati yang dirakam duta seni Ahmad Fuad Osman, 2008

Aku 'berkenalan' dengan Amy & kugirannya Search melalui stesen radio Singapura pada tahun 1984/85 yang ketika itu mempromosi album debut 'Cinta Buatan Malaysia'. Sewaktu itu aku tinggal di Larkin (sekarang ni dah jadi area UFO youu..), Johor Bahru. Dia telah menjadi teenage idol aku dan sekarang terus menjadi makcik bedah's idolaku :D

Amy, wa caya lu!

Check this out:
http://siasahdaily.blogspot.com/2009/04/nik-aziz-terharu-apabila-artis.html

Monday, April 6, 2009

Pameran BERTEMU SALINA




Esok jam 2.30 petang, jika tiada aral melintang aku akan menjadi ahli panel untuk sebuah wacana mengenai pameran bertajuk BERTEMU SALINA di Fakulti Seni Halus Uitm Perak. Panel jemputan lain adalah Pak Samad sendiri, Puan Zanita Anuar, kurator besar Balai Seni Lukis Negara sementara fasilitator ialah Encik Noor Azizan PAIMAN (UiTM)

Cayalah UiTM Perock!

ps: Bagi sesiapa yang sudah selesai mengundi di Bukit Gantang nanti bolehlah singgah. Selamat mengundi. May the best man win.

Pameran BERTEMU SALINA (Hasil kerja terpilih para pelajar tahun akhir Program Seni Halus sesi Disember 2008)berlangsung di Galeri UiTM Sri Iskandar dari 6 April - 6 Mei 2009.

Antara karya:













Sekitar acara (dikemaskini 7 April 09):

Wednesday, April 1, 2009

SEDEKAD SUDAH..

Salam Abah,

Sedar tak, hari ini sudah genap 10 tahun dikau dihijack Tuhan ke alam baru itu. Kami di dunia masih OK. Cucumu tetap 6 masih belum bertambah. Ibu masih menyibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti seperti marhaban, rombongan makan angin dan pusing padang pagi-pagi bersama gengnya. Jangan risau, dia masih solo :)

Dunia seni aku nampaknya semakin menarik selaras dengan kematangan aku. Terima kasih kerana sejak nak ambil SPM dulu sudah hire rakanmu untuk mengajar aku melukis. Aku pun tak pasti pelukis Grace itu hidup atau mati. Terima kasih kerana mengizinkan aku belajar seni dan fotografi di Holborn dulu. Terima kasih kerana membawa aku menjenguk Mona Lisa di Louvre. (btw, Mona diberitakan nak masuk BSLN!). Terima kasih kerana tolong buatkan artist statement aku masa mula-mula nak berpameran dulu hehe.Terima kasih kerana hadir di pameran-pameran yang aku sertai.

Ahh abah..aku terlalu melankolik ketika ini. Menyelak sehelai-sehelai lembaran kisah kita yang lampau.

AL-FATIHAH.