Posts

HARI EUFORIA

Image
Syukur Alhamdulillah. Terima kasih tak terhingga kepada pihak Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, USM Pulau Pinang - khusus buat pengarahnya Encik Hasnul J Saidon yang mendorong serta menyokong projek penerbitan ini. Tabik untuk semua staf beliau yang bekerja keras lebih-lebih lagi Cik Safeena selaku editor bersama. Jasa kalian hanya Dia sajalah yang membalasnya. Kiranya ada kelapangan, jemput sama-sama merayakan kemunculan buku julung hamba yang tak seberapa ini --- EUFORIA :) Sabtu, April 30 · 3:00 - 6:00 petang Menora, 222A & 224A, Jalan Bercham, Taman Ria, 31400 Ipoh (Bersebelahan BSN Bercham) Persembahan Pelancaran oleh RAHMAT HARON & Sepatah Dua Kata oleh A.SAMAD SAID PARA PEMBACA/PELAGU :: Hasnul J Saidon Fathullah Luqman Yusuff Airmas Chromatic Asyraf Maskan Space Gambus Experiment Mohd Jayzuan Seyn Riduan A.dullah MASUK ADALAH PERCUMA! Natasha (017-5058314) Yvonne (019-5429779) DIBIKIN OLEH KUTU-KUTU DI: Projek Rabak (http://www.facebook.com/pages/Projek-Rabak/15891493...

sentAp! terbaru sempena tahun baru

Image
Anda sering disentap dengan masalah-masalah negara? Well..for a change mengapa tidak sentapkan diri anda dengan membaca esei-esei sensasi oleh orang-orang seni? sentAp! isu 3/09 yang sedang menjadi rebutan ini sudah boleh didapati di kedai-kedai galeri BSLN, Galeri Shah Alam & Galeri Petronas pada harga RM15 c.o.d. (Walaupun harga petrol, gula, air dll sudah mencanak naik, kami tetap tak naikkan harga) Membariskan para penulis seperti Rahmat Haron, Yusuf Martin, Sarena Abdullah, Beverly Yong, Dr. Zulkifli Mohamad, Katsuyuki Hattori, Hasnul J Saidon dan Nur Hanim, sentAp! pada kali ini tentu tidak akan mengecewakan anda.(Kalau kecewa juga..maknanya anda kurang ‘hip’ haha) Di sini saya juga mengambil kesempatan mengucapkan ‘Selamat menempuh tahun 2011’ kepada semua pembaca budiman. Salam Maal Hijrah. Berhijrahlah kita. Kepada semua artist wannabe , jadilah seorang seniman yang bukan sekadar seorang seniman.

Santapan sentAp! untuk juadah berbuka puasa...

Image
Sudah terbit! Dapatkan isu terkini majalah seni kontemporari sentAp! di Galeri Shop Galeri PETRONAS dan Balai Seni Lukis Negara. Akan berada di beberapa toko buku utama seperti Kinokuniya dan MPH Mid Valley tidak lama lagi. Antara penulis yang menyumbang pada kali ini adalah Beverly Yong, Safrizal Shahir,Simon Soon, Tsabri Ibrahim dan Roopesh Sitharan. Jadi tunggu apa lagi? Hanya dengan simpanan 50sen sehari selama sebulan, anda mampu memilikinya :) Layannn..

SYED AHMAD JAMAL Vs. DBKL

Image
Seniman Negara Datuk Syed Ahmad Jamal menyaman DBKL RM 5 juta kerana melanggar hakcipta pengkarya. Esok penentunya! Para pencinta dan penggiat seni boleh beri sokongan moral dengan memberi sorakan terhebat kepada Syed Ahmad Jamal Tarikh: 21 Mei 2010 (Jumaat) Waktu: 10 pagi Tempat: Mahkamah Dagang, Aras 5, Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur NOTA: Peguamcara bagi pihak pelukis ialah Wendy M.K Lam. Kes ini telah dibuka pada tahun 2003 dan dibicarakan di bawah AKTA HAK CIPTA 1987. Hakim bagi kes ini ialah Dato' Azahar bin Mohammed. Pakar seni jemputan sebagai saksi kes ialah Prof. Dr D'zul Haimi Md Zain (pensyarah seni UITM) dan Ooi Kok Chuen, penulis seni. Makluman mengenai perkembangan kes telah dimajukan oleh pihak Balai Seni Lukis Negara kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. KEPUTUSAN 21 Mei 2010 Kemenangan telah berpihak kepada Datuk Syed Ahmad Jamal dengan gantirugi sebanyak RM 750,000.00. Ha...

Winter Sonata

Image
Minggu ini kukira barulah tahap adrenalin aku menyusut. Kembali kepada mode tenang buat sementara. Kembali kepada tugasan domestik kaum ibu. Kembali menjadi 'haler' di rumah supaya anak-anak tidaklah alpa (chewah). BERITA DALAM NEGARA Pelancaran pameran Pak Samad begitu meriah pada 9 April di BSLN. Berdoyon tiba. Rentak perjalanan acara juga bagus. Bermula dengan ucapan-ucapan rasmi termasuk ungkapan-ungkapan mengusik Seniman Negara Datuk Syed Ahmad Jamal, majlis diriuh-rendahkan pula dengan persembahan daripada 'anak-anak' Pak Samad. Dewangga Sakti, Meor Yusof, Rahmat Haron, Taheera, Space Gambus Experiment, Rahimidin, Siti Zainon melalui video, (ada yang menonjolkan teman-teman sekali)dengan setulus hati mempersembahkan karya-karya mereka dalam bentuk nyanyian, muzik dan puisi khusus sebagai tanda hadiah untuk ulangtahun Bapak yang ke-75. Terimakasih semua. Anda orang-orang yang hebat! Maaf juga kerana ramai yang tidak dapat menjamah juadah pada malam itu kerana kehad...

100,000 Mesti Sokong PPSMI!!!

Image
"Pameran Pak Samad Membahang Indah"!! (Haha.. gimik je tajuk itew..) Sempena mengambil keberkatan tarikh lahir Sasterawan Negara Pak Samad yang ke-75, pameran KATA LUHUR akan dirasmikan pada 9 April 2010 (Jumaat), jam 8.00 malam di lobi utama Balai Seni Lukis Negara oleh Seniman Negara Datuk Syed Ahmad Jamal. Malam itu persembahan muzik dan puisi akan dijayakan oleh Meor Yusof Aziddin, Rahmat Haron, Dewangga Sakti, Taheera Rosheena, Siti Zainon Ismail, Rahimidin Zahari & Space Gambus Experiment serta Pak Samad sendiri. Aku sebagai kurator pameran selalu juga mengimpikan agar dalam tempoh sebulan pameran 'KATA LUHUR',100,000 manusia dari demonstrasi besar dahulu dapat juga berulang-alik ke Balai Seni Lukis Negara melihat karya-karya lukisan terkini oleh seorang pejuang bahasa dan seniman yang amat kontemporari ini. Guru-guru, para pensyarah dan segala macam kelab dan persatuan dialu-alukan untuk mengaturkan rombongan lawatan ke pameran yang sungguh 'special...

LAT di Johor!!

Image
Siapa tak kenal Lat sila jangan mengaku anak Malaysia.Yang baru-baru nak mengenal karya-karyanya, silalah jenguk pameran khas Lat 1Malaysia di UTM Skudai, Johor. Pameran anjuran UTM Skudai dan Kampung Boy serta disokong oleh Balai Seni Lukis Negara (BSLN) ini akan menemui khalayak bermula 26 Mac hingga 4 April 2010. Sebuah booklet khusus terbitan BSLN akan diedarkan sewaktu pameran. Paling penting ada catatan aku tentang pameran tersebut di dalamnya. Tu yang mahal tu..Hehe.. Cetakan adalah terhad. Siapa cepat dia dapat! 10 alasan pasai apa aku beriya promot acara ini: Aku memang peminat kartun Lat 10x Jadi, tunggu apa lagi? Pakat-pakatlah untuk ke ruang pameran di Bangunan Pentadbiran UTM Skudai sambil menjenguk tapak konvo UTM (konvo hingga 29 Mac). Pada 28 Mac 2010 (malam) sebuah sesi ceramah dan dialog bersama Lat akan berlangsung di sana. (Di kesempatan ini ucapan setinggi-tinggi penghargaan aku tujukan kepada pihak BSLN khususnya tim pameran serta penerbitan kerana banyak membant...